“Jika Jaga Tertib, Makan Tak Berdiri, Hospital Tak Penuh” – Tervk Dikec4m, Sekali Zul Yahya Perjelas Maksud Kebaikan Amalan Sunnah

Bekas pelakon Zul Yahya tampil menjelaskan isu berkaitan amalan sunnah yang menjadi perdebatan ramai ketika ini.

Menerusi Instagram Live sebentar tadi, Zul memberi tahu, kehidupan kita yang tidak sihat banyak berpunca daripada makanan.

Menurutnya, jika amalan harian termasuk makanan dijaga, maka hospital pasti tidak akan penuh.

“Hidup kita banyak yang tak sihat daripada pemakanan.

“Cara hidup kita, kalau amalan jaga hospital takkan penuh. Sekarang kalau pergi pasar raya tak seramai di hospital.

“Sejak zaman bukan C0vld lagi,” katanya.

Tambahnya, andai kesemua sunnah diamalkan serta pemakanan dijaga, Insya-Allah doktor pun boleh rehat.

“Jika kita jaga, hidup amalan sunnah, makan dengan tertib, bukan berjalan sambil makan, Insya-Allah.

“Tengok berapa ramai orang ambik berat tentang ini. Benda ini kecil bagi kita tapi besar impaknya.

“Pemakanan kena jaga jangan main tibai,” katanya.

Terdahulu, Zul mencetuskan perdebatan ramai mengenai tindakan memberhentikan anak sekolah demi beri pendidikan agama, kini muncul pula isu vaksin.

Pelakon itu kemudian kembali menjadi topik ‘hangat apabila mendakwa orang ramai tidak yakin dengan makanan sunnnah seperti habbatus sauda dan madu.

Berhentikan anak sekolah demi masa depan

Kami ibu bapa berhentikan anak-anak kami daripada sekolah bukan kerana tak ambil berat masa depan mereka, tetapi kami nak anak-anak kami lebih berjaya di akhir4t kelak.

Menerusi posting ini, rata-rata tidak setuju dengan tindakan pelakon tersebut yang tidak seimbangkan antara dunia dan akhirat. Tak kurang juga yang terus menghentam Zul Yahya yang dikatakan memusnahkan masa depan anak-anaknya. Walau bagaimanapun, pelakon yang pernah membintangi drama Pepaya itu menjelaskan perkara ini menerusi siaran langsung yang dibuat semalam.

Ini jalan terbaik sebab hari ini bukan lagi zaman kita kejar anak nak dapat 3A, 8A atau A++ untuk berjaya tetapi ilmu akhirat masih lagi nipis. Dunia bukan masih muda, dunia sudah semakin tua. Takkan tak nampak? C0v1d ini pun dah luar biasa, sistem yang datang kepada kita ini luar biasa tetapi ramai rasa kita hidup lebih lama.

Zul Yahya turut memberitahu bahawa ilmu akhirat ini untuk menyelamatkan anak-anaknya daripada Dajjal yang bakal datang. Tambahnya lagi, agama dalam kehidupan kita sangat kurang sehinggakan manusia lebih yakin dengan dunia.

Apa akan jadi 50 tahun akan datang? Bagaimana agama dalam diri anak-anak? Mampukah degree dan master menyelam4tkan mereka daripada fitn4h D4jjal?

Ramai letakkan dunia lebih dari agama

Buat masa sekarang lebih baik saya letakkan ilmu akhirat sebagai keutamaan buat anak-anak. Berapa ramai yang boleh ikut sunnah Nabi Muhammad SAW pada hari ini? Ramai orang tinggalkan al-Quran dan sunnah Rasulullah yang boleh membawa kejayaan kepada mereka.

Ujarnya lagi, masyarakat hari ini seolah-olah merasakan sunnah dan al-Quran sebagai satu ikutan kuno dan ketinggalan. Jadi ramai yang memilih cara kehidupan seperti hari ini dengan tidak mengamalkan sunnah Nabi dengan melebihkan kehidupan duniawi.

Kalau hari ini kita tak ambil agama dalam hidup, akhirat sebagai maksud hidup. Bagaimana kehidupan kita dengan masa depan anak-anak? Kita hidup di zaman fitn4h manusia dimana sistem pun sudah berubah. Lepasni kita akan divaksin, seluruh sistem tubuh badan akan berubah. Apa yang penting iman dan agama mampu menguatkan kita.

Dalam pada itu, Zul Yahyah memberitahu dia tidak menidakkan sistem persekolahan di Malaysia, sebaliknya hanya percaya pada qada’ dan qadar rezeki dari Allah SWT. Namun, dia berharap orang ramai menghorm4ti keputusannya untuk menghantar anaknya belajar mendalami ilmu agama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "“Jika Jaga Tertib, Makan Tak Berdiri, Hospital Tak Penuh” – Tervk Dikec4m, Sekali Zul Yahya Perjelas Maksud Kebaikan Amalan Sunnah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*