Wawa Zainal naik ser4m dapat aduan suami b0gel dalam hotel dengan wanita lain, Aeril Zafrel nafi – “Kami cuma buat homework, tak buat apa”

PELAKON Wawa Zainal berkongsi satu kiriman mesej diterima daripada seorang individu tidak dikenali mend4kwa merupakan kawan rapat suaminya iaitu Aeril Zafrel.

Menerusi Instagram, Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin memuat naik paparan skrin mesej tersebut yang turut mend4kwa Aeril melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah hotel di Melaka.

“Hi, saya ialah kawan rapat suami kamu dalam Instagram. Dia kahwin kamu dan membuat (melakukan perbuatan terkvtuk) dengan perempuan lain.

“Semalam dia mesej saya dan tanya boleh tak kita membuat… saya kata okay esok dekat hotel Melaka jadi kamu datang dekat Jonker Street.

“Saya jumpa kamu lepas itu kamu tengok suami kamu b0gel dalam bilik hotel,” tulis individu tersebut.

Wawa tunjuk mesej diterima daripada seorang wanita.

Tidak memandang serius mesej itu, Wawa menyatakan manusia pada zaman ini disifatkan sangat menakutkan sehingga sanggup melakukan perkara di luar akal fikiran.

“Macam yall la. Ser4m betul ya zaman sekarang ni,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sementara itu, Aeril menerusi ruangan komen sempat berjenaka memberitahu pertemuannya dengan wanita itu bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran.

Wawa dan Aeril bersama tiga cahaya mata mereka.

“Kami cuma buat homework je. Tak ada buat apa-apa pun,” jawabnya.

Sebelum itu, pasangan usahawan ini turut meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan pada Khamis.

“Selamat ulang tahun ke-9 rakan niaga saya, rakan sebilik saya, sahabat saya, Aeril Zafrel.

“Tidak dapat membayangkan hidup saya tanpa awak. Doakan kekal hingga akhir hayat,” tulis Wawa.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 8, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Wawa Zainal naik ser4m dapat aduan suami b0gel dalam hotel dengan wanita lain, Aeril Zafrel nafi – “Kami cuma buat homework, tak buat apa”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*