“Wow Dpt Pel0k Akak Pastu Adik Pulak Senangnya..”Manja Betul Ameera Khan Dengan Abang Ipar

Sempurna seadanya majlis akad nikah pasangan paling dinantikan, Neelofa dan suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz yang berlangsung di Grand Hyatt, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Majlis yang diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pasangan bermula seawal 10 pagi.

Dalam pada itu, kelibat Ameera khan yang memakai turban dan menampakkan sebahagian rambut turut mencuri tumpuan

Ameera Khan yang bertindak sebagai pengapit kepada pengantin perempuan, di lihat sebak ketika majlis akad nikah berlangsung

Ketika sesi menyarungkan cicin oleh pengantin perempuan, kelihatan Ameera membawa bakul dan menyerahkan cicin kepada kakaknya untuk di sarungkna kepada PU Rizz

Selain itu, Ameera juga memuat naik beberapa keping gambar ketika majlis berlangsung, termasuklah gambar bersama abang ipar baru beliau Engku Emran

“Plot twist, im getting married”  sebelum majlis akad nikah berlangsung, Ameera juga dilihat sempat bergurau dengan memberitahu yang beliau sebenarnya yang akan kahwin

Ameera Khan Mula Pakai Baju Longgar & Bertudung, Semua Doakan Yang Baik-Baik! – “Semoga Allah Sentiasa Memilihmu Adikku Sayang.”

Terdahulu Satu perkongsian foto daripada adik selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan mencuri perhatian wargamaya.

Di dalam ramai yang bakal memberikan tumpuan buat kakaknya yang bakal mendirikan rumah tangga esok sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak, penampilan terkini bintang media sosial itu nyata mencuri pandang.

Mengenakan tudung dalam rona pastel lengkap dengan kemeja putih yang longgar, Ameera menerusi Insta Story menulis kapsyen, ‘first day of my new journey. Finally feel so at peace and complete. Alhamdulillah.’

Lalu, menerusi ruangan komen pada foto tersebut, rata-rata menyambut baik posting berkenaan, selain ada yang mulai membayangkan pemilik nama lengkap Nur Ameera Khan itu kini sudah mulai berhijab.

Malah Neelofa sendiri ada meletakkan emoji berbentuk hati pada ruangan komen serta memberikan respon positif di Insta Story.

“Alhamdulillah syukur… Semoga Allah sentiasa memilihmu adikku sayang,” tulis Neelofa selain meminta ramai mendoakan Ameera selalu.

Sementara itu, pengguna Instagram turut memuji kecantikan remaja berusia 21 tahun sekaligus mendoakan agar dirinya terus istiqamah menjadi insan yang lebih baik.

Menarik, ini 12 corat-coret sepanjang majlis akad nikah Neelofa dan Haris Ismail. Pastinya satu momen yang tak kan dilupakan!

Neelofa menggunakan khidmat pereka majlis terkenal, Reka Teemor yang menggunakan bungaan putih untuk menghiasi pelamin serta dewan bak di kayangan. Laluan menuju ke pintu dewan turut diserikan dengan hiasan bunga.

Pasangan itu dinikahkan oleh adik Neelofa, Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya dan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebentuk cincin.

Majlis yang bertemakan rona putih turut dihadiri rakan artis seperti Hannah Delisha, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aisyah, Kilafairy, dan Shalma Ainaa dan Datuk Rizalman.

Pada majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian nasyid daripada kumpulan Inteam bersama penyanyi Lah Ahmad.

Pengantin perempuan yang dilihat seperti bidadari itu menggunakan khidmat solekan jurusolek, Sharman Yee sementara busana serba putihnya dari rekaan pereka fesyen Alia Bastamam.

Adik kepada Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya berasa sebak dan terdiam seketika disaat ingin menyebut nama kakaknya sewaktu sesi akad nikah.

Pengantin perempuan tersandung kecil ketika berjalan menuju ke pelamin sebelum upacara melafaz akad nikah bermula.

Semua tetamu diwajibkan memakai baju warna putih manakala wanita tidak berhijab perlu mengenakan selendang bagi menghormati majlis.Tetamu disajikan dengan lima set menu iaitu kudapan (rempeyek, kuih loyang, kuih bahulu), pembakar selera (kerabu pais aneka laut), sup (sup ekor lembu berempah), sajian utama (ayam masak madu tomato, udang galah bakar berempah, dalca sayur mamak, nasi briyani utara) dan pencuci mulut (butir nako, lompat tikam, buah-buahan).

Alunan lagi nasyid mengiringi sebagai muzik latar sepanjang majlis berlangsung.

Pelakon Izara Aishah menitipkan ucapan kegembiraan selepas Neelofa sah bergelar isteri kepada Haris. Sifatkan hubungan sebagai adik-beradik dan mereka sudah saling mengenali sejak belasan tahun lagi, sebelum menyertai Dewi Remaja 2010.

Kakak Neelofa, Noor Nabila pula mengharapkan adiknya agar menempuhi alam perkahwinan dengan kesabaran dan saling melengkapi ketika susah atau pun senang.

Foto rasmi: Wedlocx.co

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "“Wow Dpt Pel0k Akak Pastu Adik Pulak Senangnya..”Manja Betul Ameera Khan Dengan Abang Ipar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*