Ameera Khan Dah Tak Belanja Lagi

Satu perkongsian foto daripada adik selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan mencuri perhatian wargamaya.

Di dalam ramai yang bakal memberikan tumpuan buat kakaknya yang bakal mendirikan rumah tangga esok sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak, penampilan terkini bintang media sosial itu nyata mencuri pandang.

Mengenakan tudung dalam rona pastel lengkap dengan kemeja putih yang longgar, Ameera menerusi Insta Story menulis kapsyen, ‘first day of my new journey. Finally feel so at peace and complete. Alhamdulillah.’

Terbaru, dia yang turut dikenali sebagai Little Miss Khan berkongsi sekeping lagi gambar dengan dress dan hijab berwarna ‘coffee brown’ sehingga meraih hampir 100,000 tanda suka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

Lalu, menerusi ruangan komen pada foto tersebut, rata-rata menyambut baik posting berkenaan, selain ada yang mulai membayangkan pemilik nama lengkap Nur Ameera Khan itu kini sudah mulai berhijab.

Malah Neelofa sendiri ada meletakkan emoji berbentuk hati pada ruangan komen serta memberikan respon positif di Insta Story.

Cantiknya dia!

Tahniah moga istiqamah…

Lebih cantik bila berhijab

Moga diberi hidayah untuk berhijab!

“Alhamdulillah syukur… Semoga Allah sentiasa memilihmu adikku sayang,” tulis Neelofa selain meminta ramai mendoakan Ameera selalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://trendingkini.pw/

Be the first to comment on "Ameera Khan Dah Tak Belanja Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*