Intan Ladyana tak ‘kasi muka’, ger4m ditvduh berbulan madu di Langkawi – “Kang kata bodoh… marah!”

BELUM reda mengenai pasangan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan Pencetus Ummah (PU) Riz yang disangka berbulan madu di Pulau Langkawi, kali ini pelakon Intan Ladyana pula menjadi sasaran netizen di Twitter.

Ia selepas foto Intan atau nama sebenar Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 38, bersama suami yang juga pelakon Harris Alif dikongsi seorang pengguna Twitter pada Selasa.

Dalam gambar tersebut, Intan dan Harris dilihat berada di restoran yang sama dikunjungi Neelofa dan Riz.

“Oh honeymoon,” tulis pemilik akaun itu di laman Twitter.

Enggan membiarkan netizen terus berteka-teki hingga memburukkan lagi keadaan, Intan membalas status yang dimuat naik pengguna berkenaan.

Intan balas muat naik seorang pengguna Twitter.

Menurut Intan, dia berada di Langkawi kerana sedang menjalani penggambaran drama dan tujuannya membawa suami adalah untuk menemaninya.

“Apa bezanya kalau bawa PA (pembantu peribadi) atau pengurus atau famili untuk tolong saya (semasa) penggambaran di Langkawi?

“Bawa orang lain boleh je kenapa kalau bawa suami jadi satu isu? Siapa nak drive saya? Siapa nak bawa beg saya atau belikan makanan untuk saya? Saya tak boleh guna runner untuk kegunaan peribadi,” jelas Intan.

Harris menemani Intan di set penggambaran.

Dalam pada itu, Intan menasihati individu tersebut menyelidik terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu kenyataan yang boleh menimbulkan fitn4h di media sosial.

“Kasihan, nak bash orang tapi tak buat research. Kang kata bod0h… marah!” tulisnya.

Hasil semakan di Instagram peribadi Intan, pelakon ini sedang menjalani penggambaran drama berjudul Hari Kita Jadi Cinta di Langkawi.

Intan sedang menjalani penggambaran drama di Langkawi.

Intan Ladyana sah bergelar isteri kepada Harris, 22, di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur pada 5 Februari lalu.

Sebelum ini sangkaan kononnya selebriti Neelofa dan Riz merentas negeri untuk berbulan madu di Pulau Langkawi akhirnya meleset apabila mereka bergerak ke sana atas urusan kerja sejak Ahad lalu.

Pasangan pengantin baharu ini dimaklumkan berada di pulau peranginan itu bagi mengadakan lawatan kerja dengan sebuah jenama minuman francais terkenal.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Intan Ladyana tak ‘kasi muka’, ger4m ditvduh berbulan madu di Langkawi – “Kang kata bodoh… marah!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*