‘Aku Tak B0doh’- Nonnie Nadirah Berkemban, Mila Jirin Luah Rasa Putus Asa

Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah sekali lagi mencuri tumpuan warganet. Jika sebelum ini Nonny telah memuat naik foto dirinya berpakaian s3ksi di hadapan sebuah kereta, kali ini dia berkongsi sesuatu yang lebih mengejutkan.

Kongsi Video Foto Berkemban

Menerusi hantaran terbaharu di laman Instagram nya, bekas peserta Akademi Fantasia 5 dilihat berkongsi foto dirinya yang sedang berkemban di dalam sebuah bekas air yang berwarna merah. Menerusi carian Murai.my, foto yang dijadikan sebagai video itu telah mendapat lebih dari 300,000 tontonan sejak dimuatnaik.Bagaimanapun ruangan komen pada hantaran tersebut telah dinyahaktif.

Mila Kecewa 

Dalam perkembangan lain, sahabat karibnya yang mengharapkan Nonny berubah, Mila Jirin meluahkan rasa kecewa di laman Instagram nya. Hantaran tersebut dipercayai ditujukan buat Nonny kerana nasihat yang diberikan kepada nya seperti sia-sia kerana selebriti itu masih tidak berubah.

“AKU CUMA ADA DOA .AKU DOA MOGA ALLAH JENTIK HATI KAU.AKU DOA ALLAH KETUK KEPALA KAU. Sebab hanya Allah mampu ubah apa yang ada dalam kepala otak kau”

“Punya ramai DM / KOMEN maki hamun aku sebab aku TEGUR KAU secara terbuka.. Sampai aku terpaksa off komen sebab aku pulak yang stress…Aku tak BODOH nak tegur tanpa betul betul lakukan apa yang perlu di lakukan sebagai sahabat!”

“Takkan lah bodoh aku tak whatsapp.tak call.tak direct bercakap…Kau JANJI kat aku tapi???”

“Sebelum aku cakap secara PUBLIC. Ada SEBAB aku LOUD!! Aku tak perlukan PUBLISITI pun seperti mana orang dok kutuk aku..”

“Aku telan orang maki hamun aku…Aku telan orang kutuk aku asalkan AKU DAPAT BAGITAU PADA 1 DUNIA NI YANG KAU TU ANAK YANG BAIK! SAHABAT YANG BAIK!”

“Harini aku antara yang SANGAT FRUST! Rasa macam selama ni aku bercakap dengan seorang PELAKON”

“Mungkin selama ini aku sahaja yang anggap kau SAHABAT..”

“Tahniah sahabat!” luahnya

Seperti sudah berputus asa dengan sikap Nonny, luah Mila dia sudah tidak mampu berbuat apa kerana dia sudah menasihat rakannya itu namun diendahkannya. Namun begitu, Mila mengharapkan agar Nonny kembali berubah ke pangkal jalan.

“Aku dah tak mampu buat apa apa…mungkin 1 JUTA FOLLOWERS yang kau impikan”

“AKU CUMA ADA DOA ….AKU DOA MOGA ALLAH JENTIK HATI KAU…AKU DOA ALLAH KETUK KEPALA KAU. Sebab hanya Allah mampu ubah apa yang ada dalam kepala otak kau”

“Aku post kat sini, sebab aku tau ko akan baca disini”


Via Instagram Mila Jirin

Terdahulu, Murai.my melaporkan Nonny sudah memadam hantaran foto seksi yang dimuatnaik nya pada Mac lalu. Namun, ternyata pelakon itu hanya sekadar menyimpannya ke dalam galeri (archive) sebelum berkongsinya semula malam tadi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://murai.my/

Be the first to comment on "‘Aku Tak B0doh’- Nonnie Nadirah Berkemban, Mila Jirin Luah Rasa Putus Asa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*