Jual Buah Pinggang Nak Bayar Hutang Jiran

Di  Lumajang, Jawa Timur, Indonesia, tular satu kisah di media sosial dan berjaya meraih simpati daripada netizen apabila seorang wanita sanggup menjual buah pinggangnya dengan harga Rp500 juta (kira-kira RM143,823).

Demi membayar hutang

Foto: Tular di media sosial

Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribun News, wanita yang dikenali sebagai Farhiyatun Naini, berusia 37 tahun, bertekad untuk menjual buah pinggangnya demi membayar hutangnya selama ini. Bukan itu sahaja, dia sebelum ini telah mencuba pelbagai kaedah demi mendapatkan wang tetapi usahanya sama sekali tidak berjaya.

Selain itu, wanita ini juga turut menanggung hutang sejumlah RP2juta (RM275) yang dipinjam daripada jirannya sebelum ini. Tidak berakhir di situ, dia turut mempunyai tunggakan ansuran pinjaman dengan pihak bank.

Tidak mampu menanggung hutang lagi

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, wanita ini sudah berkahwin dan suaminya hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan bagi menampung perbelanjaan harian mereka sekeluarga. Bagaimanapun, pendapatan suaminya masih tidak mampu untuk membayar hutang-hutangnya yang semakin bertambah berikutan pandemik yang melanda.

Perkongsiannya tersebut telah meraih respon daripada orang awam yang menasihatkan untuk tidak berbuat demikian. Kini, wanita tersebut telah menyesal dengan perbuatannya dan berjanji tidak akan lagi mengulanginya lagi.

Saya tidak akan mengulangi niat menjual ginjal lagi. Apa lagi pihak keluarga sudah membantu menyelesaikan hutang saya dengan jiran. Saya minta maaf.

Sumber: Tribun News

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment on "Jual Buah Pinggang Nak Bayar Hutang Jiran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*