Ralit Berbual, Ustaz Ebit Lew Tak Perasan Ada Budak Kena Sm4ckdown Di Belakang

“Kalau ustaz tak tolong tu..mati budak tu…”

Pasti ramai yang sudah mengenali pendakwah kesayangan rakyat, Ustaz Ebit Lew atau dengan trademark kata-kata magis darinya “Allah Sayang…” yang sering meniti di bibir pendakwah mulia ini dalam setiap bantuan yang diberikan kepada fakir miskin yang berada dalam kesulitan.

Kali ini, ‘gurauan’ yang dikenakan kepada pendakwah ini agak sedikit berbeza apabila tular gambar beliau yang berlatarkan aksi “piledriver” seakan-akan perlawanan wrestling dari adegan ahli gusti terkenal, Undertaker yang dilakukan oleh kanak-kanak Afrika ketika misi bantuan kemanusian yang dijalankan oleh Ustaz Ebit Lew di Selatan Afrika.

“Ustaz, kalau ada masa senang tu sekali sekala jenguk-jenguk jugak lah orang-orang kat belakang kita. Kadang depan kita dia buat baik, belakang kita dia buat WWE Championship”

Gambar yang dimuat naik itu telah mengundang tawa serta gurauan dari rata-rata pengguna Twitter serta ciapan terbabit telah berjaya meraih 11 ribu retweet dan 12 ribu tanda suka.

Walaubagaimanapun, misi yang dijalankan di Selatan Afrika oleh pendakwah bebas ini telah disantuni begitu menarik sekali oleh penduduk berkenaan dengan tarian tradisional dan ritual serta tangisan menyebut-nyebut nama Malaysia tanda terima kasih atas bantuan yang disalurkan kepada mereka.

“Tak berhenti semua nak tunjuk tarian dan menyanyi untuk ucap terima kasih. Masa saya bagi duit belanja semua tengok duit dan cakap terima. God Bless You.”

Terharu betul melihat setiap usaha yang dilakukan oleh mereka yang sentiasa menyebarkan kebaikan walaupun di mana-mana saja bumi dipijak dan langit dijunjung, demi cintaNya Yang Maha Agung. MasyaAllah!

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram dan Facebook Ustaz Ebit Lew

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HOTFM

Be the first to comment on "Ralit Berbual, Ustaz Ebit Lew Tak Perasan Ada Budak Kena Sm4ckdown Di Belakang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*