Shahrol Shiro tegur Afdlin Shauki, nampak taksub pada Anwar

SEHARI selepas diumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), penghibur serba boleh, Datuk Afdlin Shauki ditegur pelawak junior, Shahrol Shiro susulan kenyataan membabitkan masa depan industri hiburan.

Ujar Shahrol atau nama penuhnya Shahrol Azizie Azmi, 37, dia tidak bersetuju apabila Afdlin menyatakan bahawa hanya pemimpin politik seperti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghorm4ti anak seni.

“Sedikit teguran buat abang Afdlin. Maaf jika saya salah, dulu masa zaman Datuk Seri Najib Razak memerintah pun dia (Najib) hormat juga anak seni.

Shahrol meluahkan pendapatnya di Instagram.

“Sampai dia panggil semua penggiat seni ke majlis dialog TN50 suara anak seni di Seri Perdana… masa program itu la insiden David Teo kena tumbuk dengan Mat Over.

“Bagi saya itu satu penghormatan apabila dia mendengar keluhan dan masalah anak seni semua,” katanya menerusi status di Instagram.

Bersama posting tersebut Shahrol turut berkongsi klip video ucapan Afdlin, 50, pada majlis Temu Anwar di Ampang pada Khamis malam.

 

Jangan berpolitik kerana totok kepada individu tetapi berpolitik kerana ingin membantu dan menolong rakyat.

SHAHROL SHIRO

PELAWAK/ ANGGOTA PEMUDA UMNO

Pada Majlis itu Afdlin dan penyanyi rap, Altimet diterima sebagai ahli baharu PKR.

Selain itu Shahrol berkata dia mengalu-alukan penyertaan Afdlin dan Altimet ke kancah politik dan sentiasa menyokong sebarang perbezaan pendapat.

Namun ujar Shahrol, dia berharap mana-mana pihak yang berminat untuk menyertai politik agar tidak terlalu taksub dengan tokoh tertentu.

Kelihatan Altimet (kanan) dan Afdlin (dua dari kanan) duduk sepentas bersama Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (kiri). -Foto FB ANWAR IBRAHIM

“Jangan berpolitik kerana totok kepada individu tetapi berpolitik kerana ingin membantu dan menolong rakyat.

“Maaf bang jika budak yang masih mentah ini ada silap dan membuat kalian tersinggung dalam penulisan ini.

“Selamat datang ke dunia politik bang,” kata Shahrol yang merupakan ahli Pemuda Umno Kluang, Johor.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Shahrol Shiro tegur Afdlin Shauki, nampak taksub pada Anwar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*