Cik B buka mulut selepas Awie cakap Dato Vida punca utama kumpulan ABC terkeluar

Salah percaturan! Itu ayat digunakan netizen apabila nama kumpulan ABC diumumkan sebagai bintang yang tersingkir di minggu separuh akhir Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2).

Minggu ini menyaksikan ABC yang dianggotai oleh Chiwan, Achok dan Cik B menjemput usahawan terkenal Datuk Seri Vida sebagai tetamu jemputan.

Namun lain pula jadinya apabila ‘pertolongan’ Vida didakwa tidak menjadi dan menenggelamkan kumpulan tersebut.

Selain ABC, Zuzuzu juga tiada rezeki apabila menjadi bintang kedua yang tersingkir di pentas separuh akhir.

AWIE JELASKAN KENAPA DSV ADALAH PUNCA KUMPULAN CIK B TERSINGKIR

Ditanya adakah DSV menjadi punca kepada penyingkiran kepada kumpulan ABC, Dato’ Awie mengiyakan pertanyaan itu.

“BETUL LAH TU. PERINGKAT AWAL SUDAH BAGUS, KITA DAH GEMBIRA TENGOK CIK B DAN YANG LAIN, SEKALI MASUK DSV SAMPAI ANAK DIA SENDIRI CAKAP DAH TUKAR SKRIP KE? ANAK DIA PUN MACAM RASA KECEWA JUGA.

KAMI INI MEMIKIRKAN LAGI DUA ORANG PESERTA LELAKI (CHIWAN DAN ACHOK) DI ATAS PENTAS ITU YANG MEMERLUKAN PENTAS INI UNTUK KERJAYA MEREKA.

YANG DUA ORANG LAGI TU DAH KAYA. KAU DATANG HANCURKAN PROGRAM MEREKA INI, KESIAN KEPADA YANG DUA ORANG ITU. DIA BUAT MACAM ‘SHOW’ DIA SENDIRI. MAAF LA SAYA RASA KECEWA. KAMI SEMUA RASA KECEWA” , JELAS DATO’ AWIE.

Kenyataan Dato Awie itu turut dipersetujui oleh dua lagi juri tetap iaitu Zul Ariffin dan Nur Fazura yang turut kecewa dengan persembahan kumpulan ABC.

“Sayang kerana sewaku program ini bermula, persembahan ABC adalah antara yang dinanti-nantikan. Tetapi lama-lama mereka yang hilang tempo itu dan tersasar dari landasan”, ujar Zul.

Video:

Muzikal Lawak Superstar merupakan program realiti muzikal komedi Malaysia yang bersiaran di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107) dahulunya Astro Warna (saluran 132) (SD) dan Warna HD (saluran 124) dari 28 Jun hingga 30 Ogos 2019. Mengandingkan 14 kumpulan yang tediri daripada barisan pelawak, bersama artis-artis dari pelbagai cabang industri hiburan seperti pelakon, penyanyi dan personaliti popular, Muzikal Lawak Superstar bersiaran selama 10 minggu dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Nabila Huda. Manakala komposer dan pemain gitar, Shah Nizam Abdul Halim atau lebih dikenali dengan Shah (Slam) berkhidmat sebagai Pengarah Muzik.

Muzikal Lawak Superstar 2 merupakan program realiti muzikal komedi Malaysia yang bersiaran di Astro Warna (saluran 127) (SD) dan Warna HD (saluran 107) (HD) dari 18 Disember 2020 hingga 9 April 2021. Mengandingkan 14 kumpulan yang tediri daripada barisan pelawak, bersama artis-artis dari pelbagai cabang industri hiburan seperti pelakon, penyanyi dan personaliti popular, Muzikal Lawak Superstar 2 bersiaran selama 12 minggu dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein. Manakala komposer dan pemain gitar, Shah Nizam Abdul Halim atau lebih dikenali dengan Shah (Slam) berkhidmat sebagai Pengarah Muzik.

Jangan Kec4m Mak Saya Kata Cik B. ABC Terima Kenyataan Tersingkir • Muzikal Lawak Superstar

Menurut Cik B, penyingkiran mereka pada malam itu kerana tiada rezeki, namun dia tetap seronok kerana mendapat pengalam berharga sepanjang MLS berlangsung sehingga mereka dapat layak ke separauh akhir

Menurut Cik B, dia memohon kepada semua netzian untuk tidak menyalahkan mak dia, kerana DSV merupakan seorang peniaga

Cik B juga jelaskan yang mama dia tak sihat ketika persembahan mereka pada malam itu

Berikut sesi Temu bual bersama Cik B & Chiwan Cilok, ahli kumpulan ABC yang tersingkir di separuh akhir Muzikal Lawak Superstar 2.

Dalam pada itu, netizan terus menyokong Cik B

“Steady cik b. Pencerahan dan lebih profesional dan santunan yang matang.Terus maju berdoa dan jaga solat dan mama dan adik baik baik ..dan santunan masyarakat dengan baik.. Elak ego.riuk dan takbur.. Rezeki dan kehidupan dan ujian itu seiring kehidupan. Wake up n moving forward. Sebab allah sayang kita..”

Cik B akui susah jadi Datuk Seri Vida, mujur dapat tiru gaya tangan dan cakap Kelantan – “Saya tak gedik, mama gedik!”

Terdahulu MENGUNGGULI tempat pertama dalam Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS 2) pada minggu kedua, Cik B menafikan dirinya dipergunakan oleh dua ahli kumpulannya iaitu Chiwan dan Achok bagi meraih undian tinggi untuk persembahan kumpulan mereka, ABC.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, tiada istilah dipergunakan kerana dia juga ingin cuba menunjukkan bakatnya di hadapan penonton menerusi program secara langsung.

“Saya tahu ramai orang cakap nak tengok kumpulan ABC sebab saya. Saya tak rasa langsung dipergunakan oleh Chiwan atau Achok, sebaliknya kami saling tolong satu sama lain.

“Cumanya, nama saya sekarang tengah trending… itu yang menyebabkan kumpulan ABC ditunggu peminat.

“Saya memang dah lama kenal dengan mereka, kalau saya tidak bersama Chiwan dan Achok dengan kumpulan mana lagi yang saya nak masuk?” katanya kepada mStar.

Cik B ditemui pada majlis sidang media selepas MLS 2 minggu kedua selesai bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Jumaat lalu.

Pada persembahan minggu kedua itu, ABC mengumpul markah tertinggi menerusi sketsa Cik B meniru aksi dan gaya ibunya, usahawan Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.

Saya tak rasa dipergunakan oleh Chiwan atau Achok, sebaliknya kami saling tolong satu sama lain.

Mengulas mengenai persembahan itu, Cik B mengatakan ia adalah satu perkara yang sukar untuk meniru gaya ibunya yang sememangnya dikenali umum.

“Sebenarnya susah saya nak jadi mama sebab saya tak gedik, mama gedik.

“Jadi saya gunakan gerakan tangan yang mama selalu buat untuk timbulkan lawak itu selain bercakap dalam bahasa Kelantan (yang jadi identiti mama).

Aksi Cik B meniru ibunya jadi tumpuan penonton MLS 2.

“Saya rasa tak susah untuk saya melawak dan saya hanya jadi diri sendiri sahaja di atas pentas.

“Mungkin orang gelak tengok saya sebab dari cara percakapan saya (yang spontan),” katanya.

Selain melibatkan diri dalam bidang lawak, Cik B baru sahaja keluar dengan single pertama berjudul Tolonglah yang dilancarkan di laman YouTube baru-baru ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://mediabawang.net/

Be the first to comment on "Cik B buka mulut selepas Awie cakap Dato Vida punca utama kumpulan ABC terkeluar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*