Nadia Brian, Muizz sah cer4i talak satu – “Lafaz luar mahk4mah seperti diminta bekas suami”

SELEPAS beberapa bulan berdepan isu pergolakan rumah tangga, akhirnya pelakon Nadia Brian mengesahkan dia dan suami iaitu Muizz Nasruddin sah bercer4i talak satu pada Sabtu lalu.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, memberitahu percer4ian itu dilakukan di luar mahk4mah seperti diminta oleh Muizz.

“Muizz sudah lafazkan cer4i kelmarin tepat pukul 8.20 malam.

“Penceraian kami dilafazkan di luar mahk4mah seperti yang diminta bekas suami.

“Dah selesai semuanya. Alhamdulillah saya okey,” katanya.

Ikatan perkahwinan Nadia dan Muizz telah berakhir.

Isu pergolakan rumah tangga pasangan ini hangat diperkatakan sejak Oktober lalu.

Lebih mencetuskan tanda tanya, Muizz turut mendedahkan Nadia didakwa berlaku cur4ng terhadapnya.

 

Sekarang nak lebih fokus pada kerjaya dan keluarga. Saya nak jaga ibu dan nenek!

NADIA BRIAN

PELAKON

Bagaimanapun pelakon drama Titian Takdir itu menafikan semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini malah menyifatkan ia sebagai fitn4h semata-mata.

Memegang status baharu, pelakon filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda ini berkata fokusnya kini lebih terarah kepada kerjaya seni dan keluarga.

Nadia mahu fokus keluarga dan kerjaya.

Lebih-lebih lagi, tanggungjawabnya terhadap ibu dan nenek yang perlu diberi perhatian utama.

“Sekarang nak lebih fokus pada kerjaya dan keluarga. Saya nak jaga ibu dan nenek.

“Nenek ada lagi jadi kena berbakti lebih pada orang tua,” ujarnya.

Nadia dan Muizz berkahwin pada 9 November 2019 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Nadia Brian, Muizz sah cer4i talak satu – “Lafaz luar mahk4mah seperti diminta bekas suami”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*