“Baru Nampak Senyum” Erra Fazira Buat TikTok Bersama Anak, Ramai Puji Kecantikan Engku Aleesya

Bak kata peribahasa Melayu, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Jadi mana tumpahnya kecantikan seorang ibu kalau tidak kepada anaknya kan?

Sekali pandang wajah anak dara primadona negara, Erra Fazira ini terus nampak yang Engku Aleesya sememangnya mengikut kecantikan ibunya.

Seperti selebriti lain, semestinya Erra turut mahu mengikut perkembangan terkini iaitu memiliki akaun sendiri bagi aplikasi TikTok dan sudah semestinya beliau mempunyai banyak video di dalam akaun tersebut.

Lebih menarik lagi apabila video terbaharu Erra di TikTok turut menampilkan Aleesya menari bersamanya.

Gadis berusia 12 tahun itu kelihatan sangat gembira sambil menari dan jelas menunjukkan bahawa beliau turut terhibur bergelak ketawa bersama ibunya itu.

Rata-rata komen yang ditinggalkan turut memuji kecantikan Aleesya lebih-lebih lagi ketika gadis itu tersenyum manis.

Ini memang copy paste mak ni, sebijik pula muka mereka berdua ni kan!

Sumber foto dan video: TikTok dan Instagram Erra Fazira

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HotFm

Be the first to comment on "“Baru Nampak Senyum” Erra Fazira Buat TikTok Bersama Anak, Ramai Puji Kecantikan Engku Aleesya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*