Rupanya Lelaki Wrga Asing Yg Hulur RM1OO Kpd Pakcik Meniaga di Kaki Lima Cukup Dikenali Ramai

Semalam tular di media gambar seorang lelaki warga asing menghulurkan dua keping ‘note’ RM50 kepada seorang pakcik yang berniaga di kaki lima.

Menerusi laman Facebook keran irfan, warga tua berkenaan yang dikatakan berniaga kain pelikat dan bukan peminta sedekah.

Apa yang menarik perhatiannya tndakan lelaki itu yang bermurah hati menderma RM100 kepada pakcik itu.

Tambahnya lagi, rupanya lelaki itu sebenarnya pemain import Terengganu FC dan sememangnya dikenali ramai, khususnya peminat bola sepak negeri pantai timur itu.

” Pok (pakcik) ini tak minta sedekah tapi dia jual kain pelikat di mana-mana kaki lima kedai. Nak jadi ke cerita import Ganu Makan Konate nak masuk kedai nasik arab bandor, napok la pokcik tu duk tawor (tawarkan) kain pelikat.

” Makan Konate macam bagi isyarat dekat pokcik pahtu (selepas itu) buka beg duit bagi dua keping RM50 jadi RM100 laa.

” Alhamdulillah satu contoh dan sifat yang baik ditunjukkan oleh Makan Konate ..nampak di wajah pok tu sgt gembira,” katanya.

Menurutnya lagi, warga tua itu sememangnya kerap menjaja kain pelikat di sekitar bandar terbabit menggunakan basikalnya.

Mengikut rekod, pemain tengah berusia 30 tahun yang juga bekas kapten pasukan Persebaya Surabaya dalam Liga Indonesia mengik

Susulan dari kisah tular itu, ramai ntizen memuji Makan Konate pabila bermurah hati menghulurkan sumbangan kepada seorang warga emas yang berniaga di kaki lima deretan kedai di Terengganu.

Malah bukan itu sahaja, rakan Konate turut tampil berkongsi peribadi pemain tengah yang digelar ‘Terengganu Magician’ itu.

Rakan sepasukan puji Konate

” Sepanjang dua tahun saya kenal Makan Konate, dia seorang pemain import yang tidak sombong, malah dia juga suka belanja rakan-rakan sepasukan.

” Jadi dengan sikapnya itu yang juga mudah didekati, saya tidak hairan jika dia bantu orang lain, lagipun katanya dia juga lahir daripada keluarga yang susah di kampungnya di Bamako, Mali,”

Itu kata-kata rakan sepasukannya, Badrul Hisyam Morris, 34 ketika beraksi bersama pasukan kelab T-Team pada 2016 dan 2017.

Terdahulu menerusi laman Facebook keran irfan, Konate menarik perhatian netizen dengan sikap pemurahnya apabila menghulurkan dua keping wang RM50 kepada warga emas berkenaan yang berniaga kain pelikat walaupun tidak membeli kain berkenaan dan pak cik itu tidak meminta simpati di sebuah kaki lima deretan kedai di Kuala Terengganu.

” Pok (pakcik) ini tak minta sedekah tapi dia jual kain pelikat di mana-mana kaki lima kedai. Nak jadi ke cerita import Ganu Makan Konate nak masuk kedai nasik arab bandor, napok la pok tu duk tawor kain pelikat.

” Makan Konate macam bagi isyarat dekat pokcik pahtu (selepas itu) buka beg duit bagi dua keping RM50 jadi RM100 laa.

” Alhamdulillah satu contoh dan sifat yang baik ditunjukkan oleh Makan Konate ..nampak di wajah pok tu sgt gembira,” katanya.

Mengulas lanjut, Badrul yang juga bekas pemain tengah skuad itu menjelaskan, sepanjang kariernya bersama beberapa pasukan lain dalam Liga Malaysia, dia tidak pernah berjumpa dengan pemain import lain sebaik Konate.

” Ketika beraksi jika saya dan rakan sepasukan melakukan kesilapan, dia tidak akan sesekali marah malah sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan.

” Malah sikapnya yang ‘low profile’ itu dan tidak kedekut menyebabkan kami dalam pasukan T-Team ketika itu bagaikan sebuah keluarga yang begitu rapat, lagipun Konate suka bergurau di tambah pula pihak pengurusan pasukan sentiasa mengambil berat kebajikan pemain.

” Jadi saya tidak hairan dengan sikap Konate yang membantu pak cik yang menjual kain pelikat itu, malah pemain import lain sepatutnya bersikap sedemikian selain membantu rakan sepasukan dalam padang juga membantu mereka yang memerlukan,” katanya yang sudah bersara dalam arena bola sepak.

Seorang lagi rakan Konate dalam pasukan T-Team, Izzaq Faris Ramlan, 31, berkata, pasukan TFC beruntung memiliki pemain import seperti Konate yang bukan hanya bagus di dalam padang malah juga di luar padang.

” Dia (Konate) pemain import yang paling saya rapat sejak 2016 ketika bersama T-Team hinggalah sekarang, sepanjang bermain bersama dengan pemain import yang lain.

” Konate adalah seorang pemain dan rakan yang baik bukan hanya dengan saya, malah juga dengan pemain tempatan lain.

” Dia bukan sahaja pemurah dan suka membantu mungkin pernah mengalami kesusahan di negaranya, dia juga seorang pemain import yang bagus, lagipun boleh berbahasa Melayu mudah buat rakan sepasukannya, untung TFC dapat pemain sepertinya,” kata Izzaq yang juga bekas penyerang skuad kebangsaan.

Sumber:hmetro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.asiakini.com/

Be the first to comment on "Rupanya Lelaki Wrga Asing Yg Hulur RM1OO Kpd Pakcik Meniaga di Kaki Lima Cukup Dikenali Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*