[VIDEO] Setia Tunggu Luar W4d, Kanak-Kanak Sedih Bila Doktor Beritahu ‘Ibu Dah Tak Dapat Diselamatkan..’

Bagi mana-mana individu yang bergelar anak, kehilangan ibu bapa menjadi saat yang paling menakutkan dalam hidup mereka. Tak dapat digambarkan perasaan yang dilalui oleh kanak-kanak ini apabila terpaksa menerima hakikat bahawa ibu kandungnya telah pergi buat selama-lamanya.

Anak sedih ibu men1nggal dunia

Kisah sedih ini dikongsikan di akaun TikTok oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Suryana. Menurut wanita ini, kakak sulungnya yang digelar ‘kak long’ telah menghembuskan nafas terakhir pada 7 April 2021 jam 3 pagi. Tetapi apa yang lebih meruntun hati apabila melihat keadaan anak bongsu daripada enam beradik sebak apabila mengenangkan pemergian ibu tercinta.

Berdasarkan video pendek itu kelihatan kanak-kanak perempuan yang dikenali dengan nama Nia ini berada di luar hospital sambil menunggu doktor membuat pemeriksaan terhadap ibunya. Ketika itu, dia langsung tidak mengetahui apa-apa tetapi tidak lama kemudian, doktor memaklumkan bahawa ibunya tidak dapat diselamatkan dan disahkan men1nggal dunia. Sebaik sahaja mendengar berita mengejutkan itu, Nia dikatakan tidak dapat menahan sebak dan terus menangis.

Al fatihah

Dalam video lain, Suryana menyifatkan arw4h seorang kakak yang sangat baik, bertanggungjawab dan penyayang. Malah, mereka sekeluarga juga telah menganggap arwah sebagai ‘ibu kedua’ kerana sifat dan perwatakannya yang dikatakan sama seperti emak kandung mereka.

14 jam perjalanan, Alhamdulillah mak selamat sampai JB. Mak terkilan sebab tak dapat jumpa kak long. Dah setahun juga mak tak jumpa kak long disebabkan susah untuk rentas negeri. Al fatihah buat kak long.

Suryana juga berharap agar arw4h ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sebaknya..

Sumber: Suryana_89

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment on "[VIDEO] Setia Tunggu Luar W4d, Kanak-Kanak Sedih Bila Doktor Beritahu ‘Ibu Dah Tak Dapat Diselamatkan..’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*