Polis sia4sat suami Serina d4kwaan kahwin kali kedua tanpa kebenaran

SUSULAN laporan eksklusif mStar berkaitan perkahwinan anak Chef Wan, Serina Redzuawan dengan anggota polis Meor Muhammad Aidid tidak mendapat kebenaran isteri pertama Nur Hamizah Shaffee, pihak polis pada Isnin membuka kertas sias4tan terhadap pegawai kanan pasukan itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kertas si4satan itu diserahkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis berikutan Aidid sudah bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis.

“Pada mulanya memang dia bertugas di sini sebagai pegawai trafik dan kini sudah melaporkan diri sebagai pegawai sias4tan jen4yah di Ibu Pejabat Kontenjen (IPK) Perlis sejak 2019.

Aidid berkahwin dengan Serina ketika masih menjadi suami Hamizah.

“Jadi, kita serahkan siasatan kepada JIPS kerana pegawai ini sudah bertukar ke Perlis,” katanya dalam satu sidang media pada Isnin.

 

Satu kertas si4satan tata tertib sudah dibuka terhadap pegawai berkenaan kerana beliau tidak memohon untuk berkahwin kali kedua.

Datuk Mior Faridalathrash Wahid

Ketua Polis Perak

Tambah beliau, JIPS Perlis ketika ini sedang menjalankan si4satan berhubung isu itu dan Meor Mohammad Aidid boleh dikenakan tindakan tata tertib jika didapati bersalah.

“Saya juga difahamkan satu kertas si4satan tata tertib sudah dibuka terhadap pegawai berkenaan kerana beliau tidak memohon untuk berkahwin kali kedua dan si4satan dijalankan oleh JIPS Perlis.

“Difahamkan perkahwinan mereka memang berdaftar dengan sah di Perlis, lazimnya kalau tidak meminta kebenaran kita akan ambil tindakan tata tertib melalui jabatan tetapi bagaimanapun ia bergantung kepada si4satan dijalankan,” katanya.

Serina mendedahkan sudah berkahwin dengan pegawai polis di Perlis.

Pada Jumaat lalu, Serina, 38, mendedahkan dia sudah bergelar isteri buat kali kedua dengan seorang pegawai polis Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin, 34, di sebuah negeri di utara tanah air.

Kemudian, Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila mendapat tahu pernikahan anaknya itu selepas dua minggu pasangan itu berkahwin.

Beliau turut mendedahkan pasangan itu bernikah di Thailand.

Serina bagaimanapun menafikan mereka bernikah di Thailand, sebaliknya ia dijalankan di Perlis. Dia turut menafikan Aidid berstatus suami orang sebaliknya adalah seorang duda.

Namun, menerusi laporan mStar pada Ahad, seorang wanita bernama Nur Hamizah Shaffee, 34, berkata dia masih menjadi isteri Aidid ketika Serina dan suaminya mendirikan rumah tangga.

Hamizah turut menyangkal dakwaan Serina bahawa Aidid berstatus duda ketika pasangan itu bernikah secara senyap di Perlis.

Hamizah turut mendedahkan dia diceraikan Aidid, dipercayai pegawai kanan polis berpangkat Inspektor yang bertugas di IPK Perlis pada 9 Mac lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Polis sia4sat suami Serina d4kwaan kahwin kali kedua tanpa kebenaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*