Gelagat Lucu Anak Sulung Lelaki Buat Kerja Rumah, “Lelaki Idaman…”

Menjadi anak sulung pastinya banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Bukan saja kena tunjukkan contoh yang baik pada adik-adik, anak sulung juga selalunya lebih diharapkan untuk membantu ibu bapa di rumah. Walaupun tugas mengemas rumah selalunya diberikan pada anak perempuan tetapi berbeza pula dengan anak sulung lelaki ini.

Bergelar anak sulung di dalam keluarga, lelaki ini tidak dapat lari daripada tugasan membantu ibu bapanya mengemas rumah. Lelaki ini turut berkongsikan rutin hariannya di rumah yang mencuit hati ramai netizen baru-baru ini sehinggakan video tersebut menerima lebih satu juta tontonan setakat ini.

Menerusi video yang dikongsikan ini, anak sulung ini berkongsikan rutinnya sebaik sahaja bangun daripada tidur. Dia mula menerima mesej daripada ibunya yang memintanya melakukan beberapa tugasan sebaik saja bangun. Antara tugasannya ialah mengemas meja makan, membasuh baju dan menyiram pokok bunga di halaman. Apa yang mencuit hati, dia sempat bergurau memasukkan kucingnya di dalam mesin basuh.

Pada mulanya, dia memasukkan kucing berwarna hitam di dalam mesin basuh itu namun selepas selesai membasuh baju, kucing tersebut bertukar warna putih. Di ruangan komen, netizen turut memuji contoh yang baik ditunjukkan anak sulung ini. Walaupun menjadi anak lelaki, itu tidak bermaksud dia tidak perlu membantu melakukan tugasan di rumah.

“Lelaki idaman masa depan.”

anak sulung

“Lelaki tak semua macam ni. Kan best sama-sama rajin.”

lelaki

“Adeii putih melepak terus si miaw, kang ada yang ikut basuh kucing masuk mesin basuh..”

komen

“Bagus dik, calon menantu.”

tik tok

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Gelagat Lucu Anak Sulung Lelaki Buat Kerja Rumah, “Lelaki Idaman…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*