Lama Diamkan Diri, Saiful Apek Akhirnya Jawab Foto ‘Pegang Tangan’ Fiza Halim

Sebelum ini, tular sebuah foto ‘mesra’ pernah dikongsi melalui laman Instagram pelakon Fiza Halim yang did4kwa dia ‘berpegangan tangan’ dengan Saiful Apek. Foto tersebut secara tidak langsung mencetuskan persoalan ramai pihak mengenai hubungan antara kedua pelakon ini.

Terbaru, setelah sekian lama mendiamkan diri, akhrinya pelakon Saiful Apek tampil memberi respon berhubungan foto ‘mesra’ itu dan sekali gus memohon maaf atas kekhilafan yang telah mengvndang spekulasi ramai.

Saya mohon maaf kepada semua

Pelakon Cicak Man itu mengakui menjalin hubungan rapat dengan mana-mana pelakon yang telah menganggap dirinya sebagai ‘abang’. Dia turut memohon maaf kepada netizen dan berterima kasih kerana memberi teguran terhadap dia dan Fiza Halim di ruangan komen foto berkenaan.

Saya tidak menafikan benda itu memang berlaku. Saya juga tidak mengatakan yang perkara itu adalah sesuatu yang dibolehkan. Saya mohon maaf kepada mereka semua yang nampak dan tegur.

Boleh dikatakan, saya memang rapat dengan ramai dan menganggap saya sebagai ‘abang’. Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk sampai ke tahap macam tu kan.

Sementara itu, Saiful Apek turut menjelaskan mengenai foto yang kelihatan ‘berpegangan tangan’ bersama Fiza Halim. Katanya, mereka langsung tidak berpegang tangan malah, foto berkenaan di ambil dari sudut kamera yang menampakkan situasi tersebut berlaku.

Ada gambar tu yang nampak saya macam ‘berpegang tangan’ tapi sebenarnya tu memang angle. Tangan itu tidak bersentuhan langsung. Saya minta maaf kepada mereka yang salah taksif hubungan kami macam adik-beradik.

Hubungan kami bukan satu rahsia pada suami beliau sendiri. Memang saya dah kenal dia dari mula saya bekerja dengan mereka.

Sumber: Amat Larbsib

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment on "Lama Diamkan Diri, Saiful Apek Akhirnya Jawab Foto ‘Pegang Tangan’ Fiza Halim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*