Nonny Nadirah Tampil Mohon Maaf & Mohon Doa Semua Orang dan Nonny Tampil meluahkan

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah, 32, tampil menjernihkan keadaan dengan meminta maaf kepada semua orang di atas kesalahan yang pernah dilakukan.

Tidak dinyatakan secara terperinci, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin memohon agar rata-ratanya sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Assalamualaikum. Saya rindu semua. Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan, saya Nonny Nadirah ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap saya yang terang mahupun yang tersembunyi.

“Doakan yang terbaik buat saya. Lillahi Ta’ala saya sayang semua kerana Allah.
Keluarga, sahabat, peminat maaf dan terima kasih untuk segalanya,” tulisnya.

Luahan itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram Stories yang dimuat naik, semalam.

Dalam pada itu, pelakon drama Melankolia memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai kontr0versi hangat, baru-baru ini.

Tambahnya, dia terima dengan hati terbuka atas setiap kata yang dilemparkan kepada dirinya.

“I reserve all my comment. Hanya Allah saja yang mengetahui segala isi hati. Minta maaf. Minta maaf. Minta maaf.

“Jangan tinggalkan yang fardhu, buatlah yang termampu. Mana yang balk, ambil kerana semua itu datangnya dari Allah.

“Yang tak balk itu saya. Setiap individu itu melalui fasa ujian yang berlainan.
Apapun yang korang cakap, saya terima dengan hati yang terbuka.

“Saya sayang anda. Selamat berpuasa semua. Jaga diri,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, raffia’ yang terkejut dengan tindakan Nonny memuat naik dua video s3ksl.

Pertama, Nonny berkongsi video wanita berselvar pendek dan memakai visor dan terbaharu aksl seorang wanita berendam di dalam baldi menampakkan bahagian belakang, dengan kapsyen ‘soap’ (sabun) bersama emoji perkataan terbabit.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Nonny Nadirah Tampil Mohon Maaf & Mohon Doa Semua Orang dan Nonny Tampil meluahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*