“Saya Bukan Islam Tapi Saya Cubalah Puasa,”- Alvin Chong Bangun Sahur Makan Kurma, Pesan Muslim Jangan Tinggalkan Solat

Pelakon dan hos, Alvin Chong ada memuat naik satu rakaman video berdurasi hampir tiga minit di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan itu, pelakon drama bersiri Takdir Yang Tertulis ini dilihat sedang bersahur untuk menjalani hari pertama ibadah puasa.

Meski bukan beragama Islam, Alvin memberitahu, dia cuba usaha melakukan perkara tersebut sebagai menghorm4ti orang Islam yang berpuasa di bulan penuh kemuliaan ini.

“Saya bukan Islam tapi saya cubalah puasa untuk menghormati orang Islam. Ini buah kurma pada siapa-siapa yang tak tahu, bukan Islam ke, Cina ke, India ke.

“Saya suka buah kurma, terutama sekali susu kurma. Jadi kita sama-sama puasa, tahan eh?

“Siapa nak pergi tidur pergilah tidur tapi jangan tinggal solat okey?” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123)

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut memberi kata pujian dan semangat kepada pelakon berusia 30 tahun itu.

Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton hampir 80,000 kali oleh pengguna Instagram.

Foto: Instagram Alvin Chong

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Saya Bukan Islam Tapi Saya Cubalah Puasa,”- Alvin Chong Bangun Sahur Makan Kurma, Pesan Muslim Jangan Tinggalkan Solat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*