Baru Je Beberapa Minggu Kahwin, Neelofa Bagitahu Keadaan Rumah Tangga Mereka

KUALA LUMPUR: Biarpun dihimpit satu demi satu kontroversi, selebriti popular, Neelofa, 32, mengakui hubungannya dengan suami, Haris Ismail atau PU Riz, 26, tidak sesekali terjejas.

Malah, kata Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, dia bersyukur mempunyai seseorang suami yang boleh diajak berbincang dan memberikan nasihat.

“Keadaan memang agak tegang sejurus kami mendirikan rumah tangga, namun ia tidak sedikitpun memberikan kesan kepada kebahagiaan kami. Maksudnya, kami masih sepasukan dan sentiasa berbincang mengenai apa yang patut dilakukan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur untuk bahagian ini. Sekarang, saya sentiasa ada seseorang yang mengingatkan dan menasihatkan perkara yang saya tidak nampak.

“Suami berpesan jangan memanjangkan isu ini. Alhamdulillah, saya bersyukur diberikan pengalaman melalui semua ini dengan suami di sisi,” katanya kepada BH Online.

Neelofa berkata, dia menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran yang mematangkan. Dia tetap positif dengan apa sahaja komen yang dilontarkan.

“Ada kala orang salah tafsir cara saya, tetapi ada hikmah daripada setiap apa yang berlaku. Macam manapun saya ambil yang baik sahaja dan kekal positif.

“Saya akan sentiasa bergerak ke hadapan dan tidak terkesan dengan cakap orang. Dahulu saya lagi tervk kena kec4m.

“Saya melalui pelbagai pengalaman dari tahun pertama menceburi bidang seni pada 2011. Apa yang orang tak kata mengenai saya? Saya percaya ini juga adalah proses pembelajaran dalam hidup,” katanya.


Neelofa melancarkan program Infaq Pertubuhan Kasih Neelofa dan memperkenalkan Iftar Box serta Food Box yang akan dilaksanakan sepanjang Ramadan ini. – NSTP/Ezairi Shamsudin
Justeru, Neelofa berharap orang ramai tidak memanjangkan ins1den perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis perkahwinan dan isu merentas negeri pada kunjungannya ke Pulau Langkawi, baru-baru ini. Sebaliknya, raikan kedatangan Ramadan, minggu depan.

Tambah Neelofa, dia dan suami teruja mahu menyambut Ramadan pertama sebagai suami isteri.

“Kami teruja nak menyambut Ramadan bersama. Saya berharap, kami dapat menjadi pasangan dalam beribadah. Saya turut mendoakan supaya kita dapat menyambut bulan Ramadan dengan hati yang bersih,” katanya.

Neelofa ditemui pada Ceramah Perdana Marhaban Ya Shahru Ramadan dan Pelancaran Program Infaq Pertubuhan Kasih Neelofa, di sebuah hotel di sini, semalam.

Majlis itu bagi memperkenalkan program Iftar Box dan Food Box yang akan dilaksanakan sepanjang Ramadan ini.

“Alhamdulillah, genap setahun Pertubuhan Kasih Neelofa ditubuhkan. Dan kami dapat menjayakan pelbagai program dari Ibadah Qurban sehingga Program Infaq sempena Ramadan ini.

“Kami cuba mempelbagaikan program supaya orang ramai lebih bersemangat untuk bersedekah dan menyalurkan bantuan menerusi pertubuhan ini.

“Sebelum ini, saya ada keraguan sama ada sampai atau tidak derma pada orang. Jadi, bagi menyampaikan perkara ini, saya terpaksa tunjuk program yang dijalankan supaya orang ramai lebih yakin menyalurkan bantuan.

“Jika saya senyap, orang fikir saya buat apa dengan duit mereka. Insya-Allah, semoga program ini dapat membantu mereka yang memerlukan terutamanya ketika pandemik COV1D-19 ini,” katanya.

Selain itu, lima program turut dilancarkan iaitu Infaq Yaman, Infaq Quran, Infaq Rehal, Infaq Kasih Ummah (Susu Nilofa) dan Program Qurban 2021.

Langgar SOP, ini cadangan hvkuman oleh Polis

Majlis pernikahan selebriti terkenal, Neelofa sebelum ini menjadi bualan h4ngat pengguna media sosial apabila didakwa melanggar SOP yang telah ditetapkan tatkala negara sedang melawan pandemik menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi laporan Harian Metro, kertas siasatan mengenai majlis Neelofa bersama suaminya Haris Ismail telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Kertas sias4tan dibuka

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, pihaknya telah mencadangkan supaya kompaun perlu dikeluarkan terhadap pasangan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya yang akan putuskan sama ada did4kwa atau sebaliknya dan kami sudah serahkan kertas siasatan.

Kes pelanggaran SOP terbabit akan disi4sat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988 (Akta 342).

Neelofa bagaimanapun sebelum ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai setelah aktivitinya bersama suami semasa di Langkawi menerima kec4man hebat. Dia yang ke Langkawi atas urusan kerja did4kwa menyalah guna kelonggaran yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Baru Je Beberapa Minggu Kahwin, Neelofa Bagitahu Keadaan Rumah Tangga Mereka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*