Gara-gara nak cantik, Wawa Zainal tunai hasrat anak pakai gigi palsu pada usia 6 tahun!

IMPIAN anak kedua aktres Wawa Zainal iaitu Hayla Maghrifatul Adziyaa yang baru berusia enam tahun untuk memiliki gigi cantik tercapai selepas dipakaikan gigi palsu.

Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 30, berkata, anaknya melalui prosedur yang sama seperti orang dewasa yang ingin memasang gigi palsu.

Malah, isteri kepada pelakon Aeril Zafrel ini turut berkongsi video ketika anaknya melalui proses itu.

“Akhirnya impian Hayla menjadi kenyataan. Cun tak Hayla ada gigi?

Gigi Hayla kini tersusun cantik.

“Untuk Hayla, saya buatkan crown dan gigi palsu macam orang tua ni ha apa ntah nama dia.

“Hayla ditidurkan masa oper4te buang gigi dan Alhamdulillah selepas dia bangun tiada rasa sakit pun,” kata Wawa.

Sementara itu, Wawa meminta ibu bapa tidak berasa sedih jika mempunyai anak yang mengalami masalah gigi seperti anak-anaknya.

Biarpun sudah memastikan mereka memberus gigi dua kali sehari, namun Wawa mengaku lewat mendapatkan raw4tan gigi untuk anak-anaknya itu.

Untuk Hayla, saya buatkan crown dan gigi palsu macam orang tua ni ha apa ntah nama dia.

WAWA ZAINAL

PELAKON

“Anda yang ada anak gigi ros4k jangan rasa down. Saya pun habis kena tuduh tak pandai jaga gigi anak.

“Padahal mereka gosok gigi dua kali sehari… cuma silapnya, lambat jumpa doktor gigi sahaja.

Wawa dan Aeril bersama tiga anak mereka.

“Macam Attar (anak sulung), saya tak pasang gigi memandangkan dia pun dah lapan tahun jadi biar gigi tumbuh sendiri hanya buang gigi yang dah rosak sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, Wawa dan suami, Aeril Zafrel, 33, pernah dikec4m netizen gara-gara keadaan gigi anak mereka yang dikatakan bermasalah.

Wawa dan Aeril berkahwin pada 2013 dah hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghifiratul Adzkiyaa, 6, dan Aya Soffya, 2 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Gara-gara nak cantik, Wawa Zainal tunai hasrat anak pakai gigi palsu pada usia 6 tahun!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*