Gadis Tolak Buat Reviu Game Jvdi Online, Sekali Dia Kena ‘Ceramah’ Balik

Nama remaja ini meledak menerusi TikTok pada tahun lalu sehingga dia memiliki 1.1 juta pengikut di aplikasi itu.

Malah, kisah Nurin Lofa Adriana Kirana, 17, yang menjana pendapatan menerusi reviu di TikTok dan Instagram sehingga mampu membeli kereta mewah pernah mendapat liputan mStar pada Februari lalu.

Terbaharu, dia yang mesra disapa Nurin meluahkan rasa kesal apabila ada pihak mendekatinya dengan memberi tawaran untuk melakukan reviu dalam bentuk video untuk tujuan promosi permainan jvdi dalam talian.

“Dia suruh saya buat reviu judi online. Secara baik-baik saya cakap terus terang, saya memang tak terima reviu seperti itu.

“Dia tak boleh terima saya tolak tawaran itu. Dia kata, kau tak pakai tudung tu tak dosa pula?” imbas Nurin ketika dihubungi mStar.

Tanpa berfikir panjang, Nurin terus menyekat akaun individu itu kerana enggan perbualan tersebut berlanjutan.

Menurut Nurin, ini bukanlah kali pertama dia menerima tawaran kerja yang bertentangan dengan prinsip dirinya, namun terkilan apabila keputusan dia menolak tawaran tidak diterima pihak berkenaan.

“Ada juga yang minta saya reviu bengkung. Saya memang tak ambil tawaran itu sebab tak nak pamer bentuk badan apabila memakainya.

“Kadang-kadang ada yang dah hantar barang dan mereka paksa saya pakai, jadi saya terpaksa refund balik,” ujarnya.

Tambah Nurin, dia juga tak sanggup menerima tawaran kerja sedemikian kerana memikirkan soal keberkatan rezeki.

“Kita kena fikir, halal ke duit yang kita terima. Tak sampai hati nak bagi kepada keluarga,” ujarnya.

Bercerita mengenai bulan Ramadan, Nurin mendedahkan dia gemar menjamu hidangan sardin sejak dulu lagi.

“Saya dari kecil suka makan sardin. Dulu kami susah, tak mampu beli ayam. Jadi mak saya beli sardin.

“Sampai sekarang saya suka, ia dah jadi kegemaran,” ujarnya berseloroh.

Bersyukur dengan rezeki yang diperoleh sehingga mampu membeli Toyota Velfire pada awal tahun ini, Nurin kini merancang untuk membeli tanah sebelum mendirikan rumah buat keluarganya.

Tak sia-sia rajin membebel di TikTok, remaja 17 tahun kumpul duit sampai mampu beli Velfire – “Ada orang pernah h1n.a kereta umi n4zak”

IMPAK populariti yang diraih menerusi TikTok, seorang pelajar membuktikan bahawa aplikasi itu mampu menjana wang jika dimanfaatkan sebaiknya.

Menurut Nurin Lofa Adrianna Kirana, 17, hasil ulasan berbayar yang dibuat selama ini, dia sudah berjaya membeli dua buah kereta.

Pada tahun lalu dia membeli sebuah kereta terpakai keluaran tempatan dan pada minggu lepas dia sekali lagi tersenyum apabila berjaya memiliki sebuah Toyota Vellfire.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Nurin mengakui sama sekali tidak menyangka rezekinya cukup murah sejak menyertai TikTok pada Ogos tahun lalu.

“Saya sudah beli sebuah kereta terpakai tahun lepas. Ini kereta kedua. Paling banyak saya dapat tentunya menerusi paid review.

“Memang tak sangka sangat, masa pertama kali buat review saya pun tak yakin. Saya buat pun sebab ada orang minta.

“Lepas percubaan pertama, pemilik bisnes tu kata dia tak menang tangan layan pelanggan. Bermula dari situ saya tekad untuk buat berterusan,” ujarnya yang memiliki 746,000 pengikut di TikTok.

Mesra disapa Nurin, dia yang mengikuti pengajian secara ‘home school’ mendedahkan kehidupannya berubah sekelip mata kerana TikTok.

Malah, ia sekaligus membuktikan kepada mulut-mulut jahat yang menghinanya selama ini bahawa dia juga boleh berjaya.

Saya cuma nak cakap, yang mana kecam atau sokong saya… terima kasih.
NURIN
“Dulu kereta umi saya sangat nazak. Ada orang kat sekolah yang ejek, hina kereta tu. Sebab tu saya beli sebuah kereta terpakai tahun lepas.

“Rasa macam tak percaya benda tu berubah sekelip mata. Sebelum ni pun, bilik saya berlantaikan tikar getah je.

“Tapi bila naik macam ni, saya tengok sekeliling saya berubah. Alhamdulillah boleh tanggung keluarga juga,” ujarnya.

Nurin bergambar dengan kereta baharu miliknya.

Kata Nurin yang popular kerana video membebel di TikTok, aplikasi itu boleh menjana wang jika digunakan dengan betul.

“Walaupun saya selalu buat video membebel, saya selitkan dengan kata-kata positif. Guna ke arah yang betul.

“Saya cuma nak cakap, yang mana kecam atau sokong saya… terima kasih. Apa sahaja yang dikec4m, saya ambil positif,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Nurin sebelum ini pernah mendapat liputan mStar apabila ada pihak tidak bertanggungjawan menyebarkan berita kematian palsu melibatkan dirinya di media sosial.

Menerusi laporan pada 6 Disember lalu, dia kecewa apabila hal sensitif itu menjadi bahan jenaka individu tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan kekec0han ramai.

Sumber: mStar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Gadis Tolak Buat Reviu Game Jvdi Online, Sekali Dia Kena ‘Ceramah’ Balik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*