‘Baru Semalam Kami..’ – Kata2 Che Ta Selepas Ditanya Adakah Betul Dia Dan Suami Diambang Percr4ian

Pelakon je­lita Rozita Che Wan menafikan sekeras-kerasnya rumah tangga­nya dengan suami, Zain Saidin kini di ambang percr4ian.

Pmilik nama lengkap Rozita Abu Bakar itu ketika dihubungi Kosm0! semalam berkata, tiada sebab langsung perkahwinannya dengan suami bergolak dan menuju percr4ian hanya kerana jarang berkongsi gambar dalam Instagram.

” Masya-Allah mana ada. Pasal apa nak bercrai, orang tu nak Zain ke? Baru semalam kami sembahyang tarawih anak-beranak.

” Zain memang jarang nak ambil gambar pun. Dia bukan macam saya. Tengok sendiri akaun Instagram dia memang bukan jenis rajin upload gambar pun,” katanya.

Mengulas lanjut, pelakon jelita yang cukup dikenali menerusi drama komedi Kiah Pekasam itu berkata, adat perkahwinan memang ada pasang surut, namun hubungannya dengan suami baik-baik sahaja.

” Saya pun pelik keluar cerita macam ini. Kami tak bergduh pun. Kami dah faham pera­ngai masing-masing. Jadi, tiada masalah.

” Kami baru sahaja selesai mencari sampin raya. Kami dalam perjalanan nak pergi berbuka puasa di rumah adik saya,” katanya yang mesra disapa Che Ta.

Sebelum ini Che Ta pernah ditanya persepsi negatif sesetengah orang terhadap golongan ja.nda yang masih menebal memandangkan dia pernah memegang status itu selama lebih 10 tahun.

” Ramai selalu fikir kebanyakan janda suka merampas suami orang. Mereka tak tahu lelaki mereka tergila-gilakan janda. Saya tak nafikan, sebut ja.nda pasti akan mengvndang skeptikal.

” Tetapi, menerusi drama ini, saya bersetuju dengan pendapat penulis skrip menukar stigma negatif ini.

” Hakikatnya, golongan janda ini hebat kerana mampu berdikari dan membesarkan anak tanpa lelaki. Dialah ibu dan bapa. Jarang sangatlah kita dihebahkan fasal kehebatan duda.

” Namun pada akhirnya, yang nampak buruk pada mata masyarakat mengenai golongan janda ialah perosak rumah tangga,” katanya.

Katanya, dia tak terlalu terikat dengan skrip untuk drama itu, sebaliknya, serap pengalaman lalu jika rasa sesebuah babak perlu ditokok tambah.

” Saya guna pengalaman lalu sebagai suntikan dalam drama ini. Ikutkan dalam drama ini pun ada yang berstatus ibu tunggal pada alam realiti,” katanya.

” Tetapi, sekarang anak dara pun pandai mengikis harta orang. Jadi, kesimpulannya soal janda atau anak dara, jika perangai tak elok jangan salahkan pada ‘title’, sebaliknya berbalik pada diri sendiri.

” Tidak adil meletakkan hukvman begitu,” katanya.

Kini bahagia bersama suami yang 12 tahun lebih muda daripadanya, Che Ta berkata, ada komen lucu yang selalu bertebaran sejak dahulu.

” Jika saya muat naik gambar bersama Zain, adalah komen cakap seperti kakak dan adik. Lebih sadis, cakap macam mak dan anak.

” Kalau difikir serius memang geram, tetapi saya tak terlalu larut dengan komen sebegitu. Cara saya senang, kalau komen keterlaluan, disekat sahaja,” katanya.

Rozita, 47, mendirikan rumah tangga dengan Zain, 37, pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya wanita, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia tujuh tahun.

Terdahulu, Rozita turut mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya.

Sumber:k0smo dan bharian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://limauais.pw/

Be the first to comment on "‘Baru Semalam Kami..’ – Kata2 Che Ta Selepas Ditanya Adakah Betul Dia Dan Suami Diambang Percr4ian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*