Lagi 2 Bulan Nak Kahwin, Tiba-Tiba Calon Suami Minta Putus, Wanita Terkejut Bila Tahu Punca Sebenar!

Hari perkahwinan adalah hari bahagia yang dinanti-nanti oleh bakal pasangan mempelai. Memang tak dinafikan, semakin dekat niat seseorang untuk menghalalkan hubungan tersebut, semakin banyak ujian dan dugaan yang perlu mereka hadapi. Oleh itu, setiap pasangan perlu memainkan peranan masing-masing supaya hubungan yang dibina kekal hingga ke jinjang pelamin.

Tetapi berbeza pula yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila hari bahagia yang dinantikan selama ini akhirnya bertukar menjadi satu mimpi ‘ng3ri’.

Calon suami buat hal

Menerusi video pendek yang dikongsikan di akaun TikTok Rnabillaaaa, seorang gadis meluahkan rasa sebak apabila bakal suaminya telah kembali ke pangkuan bekas teman wanitanya. Siapa sangka, hanya berbaki dua bulan sahaja sebelum mendirikan rumah tangga, lelaki yang bakal digelar ‘ketua keluarga’ ini secara tiba-tiba berubah fikiran dan mahu membatalkan perkahwinan tersebut.

Bercerita dengan lebih lanjut, gadis ini memaklumkan sebelum itu telah berlakunya sedikit pertengkaran antara dirinya dan bakal suami tetapi dia langsung tidak menyangka lelaki tersebut akan membuat keputusan untuk memutuskan hubungan. Malah, lelaki itu juga memberitahu supaya mereka berdua membuat haluan masing-masing.

Tetapi segala-galanya terbongkar apabila gadis ini menemui satu video viral di TikTok dan akhirnya dia tahu apakah punca yang membuatkan bakal suaminya itu mahu memutuskan hubungan dan membatalkan majlis perkahwinan mereka. Rupa-rupanya, bakal suaminya itu ‘k4ntoi’ sudah berbaik semula bersama bekas teman wanita. Lebih mengejutkan apabila ada pihak yang menggelarkan gadis ini sebagai ‘per4mpas’ sedangkan dia dan bakal suaminya itu telah menjalinkan hubungan selepas lelaki tersebut berstatus ‘single’.

Sedihnya…

Semoga terus kuat

Walaupun begitu, gadis ini reda dengan nasib yang menimpa dirinya. Di ruangan komen juga, kebanyakan netizen tidak putus-putus memberi kata-kata semangat agar gadis ini kuat menghadapi dugaan mendatang selain berdoa supaya dia juga akan merasai kebahagiaan.

Sumber: Rnabillaaaa

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment on "Lagi 2 Bulan Nak Kahwin, Tiba-Tiba Calon Suami Minta Putus, Wanita Terkejut Bila Tahu Punca Sebenar!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*