“Polis tercegat jee” – Drama Dikr1tik Tervk, Netizen ‘Tepuk Dahi’ Tgk Ada Lagi Babak Tak Logik

Gandingan Intan Najuwa dan Redza Rosli dalam drama adaptasi novel Tak Sempurna Mencintaimu hasil penulisan Rehan Makhtar mendapat perhatian ramai penonton. Drama yang ditayangkan dalam slot Akasia di TV3 itu turut menampilkan model dan pelakon, Rita Nadira sebagai watak antagonis.

Pejam celik, drama itu sudah dit4yangkan sebanyak 16 episod dan telah menarik perhatian netizen yang menonton selepas satu babak dikatakan tidak logik. Babak itu menunjukkan Sirat (Intan Najuwa) dicvlik oleh Mellisa (Rita Nadira) dan cuba diselamatkan oleh Taqim (Redza Rosli) sebelum pihak polis tiba.

Polis tercegat je

Namun adegan itu menjadi bualan hangat netizen di Twitter dan TikTok selepas polis yang datang untuk menangkap Mellisa itu hanya ‘tercegat’ di belakang Taqim yang dilihat cuba memujuknya. Menurut netizen, kalau ikutkan situasi sebegitu polis mungkin boleh bertindak lebih awal dengan merampas senj4ta digunakan Mellisa.

Scene paling tak masuk akal ni. Polis datang macam nak buang sarang lebah.”

Melalui TikTok pula, seorang pengguna telah memuat naik babak tersebut sambil mengulas dan berkata bagaimana adegan tersebut tidak logik. Katanya, boleh saja bertindak dengan memvkul Mellisa sebelum dia keluarkan pis4u namun polis pula hanya mula bertindak selepas Taqim yang r4mpas senj4ta tu.

“Ada lagi adeg4n tak logik”

Melalui ruangan komen di TikTok dan Twitter, ramai netizen mengkritik drama tersebut dan berkata selain b4bak tersebut, banyak lagi adegan yang tidak logik dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu itu.

Contohnya, babak di mana Sirat dilanggar oleh Mellisa. Ketika itu darah dilihat hanya di bahagian kaki namun Sirat berada dalam keadaan k0m4 kerana cederra p4rah. Selain itu, netizen turut berkata sound effect digunakan dalam drama terbitan Zeel Production itu juga tidak logik. Kata seorang individu di Twitter,

Sorry to said. Sound dia pun meng4rut je bunyi. Pukul kaki bunyi dush3?!?!?!”

Mungkin polis tu tengah main psikologi balik dgn Mellisa tu…

Drama melayu tema yang sama

Kalau dekat media sosial, boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia ni selalu komen tentang drama-drama Melayu dan kebanyakannya bukan komen yang positif.

Banyak sebenarnya masalah drama Melayu ni, jadi rata-rata rakyat rasakan sudah tiba masanya industri drama dan filem tempatan menghasilkan karya luar dari zon selesa.

Lelaki kaya dan perempuan miskin
Tema klise yang ada dalam drama Melayu mesti akan ada lelaki (hero) kaya dan perempuan (heroin) miskin. Selalunya, hero mesti anak CEO dan disuruh kahwin paksa dengan heroin yang duduk dekat kampung sebab heroin tu anak kawan rapat ayah hero.

Belum lagi masuk mak hero yang tak approve heroin dan perempuan jahat yang suka hero. Konflik yang sama berulang dan pada episod akhir, hero dan heroin hidup bahagia dengan anak-anak. Punyalah klise tema ni, tak ada elemen surprise atau unsur saspens langsung!

Faham, nak tunjukkan percintaan antara dua darjat tapi rasanya tema sebegini sudah terlampau klise dan agak kurang relevan dengan zaman sekarang. Mungkin industri perfileman ataupun penulis-penulis skrip boleh fikirkan idea yang lebih kreatif yang dapat menarik perhatian netizen.

Babak tak masuk akal!
Drama-drama Melayu ni juga kadang-kadang boleh jadi bahan gelak netizen. Mana tidaknya, kalau pengarah tak kaji dulu sesuatu jalan cerita tu, memang akan terhasillah babak yang tak masuk akal.

Pernah viral tahun lepas, sebuah video yang menunjukkan reaksi doktor-doktor Malaysia terhadap babak medikal yang tak logik. Golongan doktor ni hanya boleh tertawa saja sambil memberi penjelasan terhadap apa yang sepatutnya berlaku.

Imej dari: Himpunan Cerita Lawak
Nasib doktor-doktor Malaysia yang tengok, tu pun dah terasa malunya. Tak nak bayangkan kalau doktor luar negara yang tengok, memang malu bertingkat-tingkatlah jawabnya.

Apalah salahnya kalau penerbit atau pengarah meminta tolong pakar-pakar untuk tunjukkan cara yang sebenar. Barulah drama tu berkualiti dan penonton pun dapat belajar perkara baru.

Pelakon pun bosan!
Bukan setakat penonton saja yang sudah bosan dengan klise drama Melayu ni, pelakon pun sama!

Beto Kusyairy, seorang pelakon lelaki tempatan, pernah meluahkan rasa kecewanya terhadap trend drama dan filem tempatan yang menggunakan plot yang sama dua tahun lepas di laman Twitternya.

Beto memberitahu bahawa skrip yang ditawar asyik benda yang sama dan apa yang membezakannya adalah nama watak dan bisnes. Dia juga mengatakan sampai bila perlu duduk di takuk yang sama sahaja.

Rata-rata warga Twitter bersetuju dengan tweet Beto. Ramai yang inginkan drama Melayu setanding dengan drama-drama Korea Selatan yang penuh dengan jalan cerita yang unik di samping memberi pengajaran kepada penonton.

Sampai pelakon pun sudah bosan hendak berlakon watak yang sama. Kalau macam ni, macam manalah bakat pelakon-pelakon tempatan nak berkembang kalau watak yang sama saja ditawarkan.

Perlahan-lahan keluar

Walaupun masih banyak lagi drama Melayu klise yang dihasilkan, tetapi sekarang nampaknya industri drama Melayu perlahan-lahan cuba berubah.

Ada beberapa drama Melayu yang masih dapat menarik perhatian penonton walaupun tidak ada elemen-elemen klise ni. Contohnya, drama Titian Takdir yang baru ditayangkan awal tahun ini.

Drama Titian Takdir yang bertemakan hubungan kekeluargaan ini boleh dikatakan berkait dengan realiti kehidupan masyarakat. Kebanyakan penonton memberi komen yang positif terhadap drama ni.

Sebenarnya, drama-drama Melayu boleh saja keluar dari stereotaip-stereotaip ni selagi penulis skrip berani nak mencuba perkara-perkara baru dan penerbit serta pengarah pun menyokong. Tak mustahil satu hari nanti drama-drama Melayu pun mampu ke taraf antarabangsa macam drama-drama Korea Selatan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment on "“Polis tercegat jee” – Drama Dikr1tik Tervk, Netizen ‘Tepuk Dahi’ Tgk Ada Lagi Babak Tak Logik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*