[VIDEO] Budak Lelaki Gel4bah Motor Tersangkut Dekat Pagar Rumah Jiran

Kanak-kanak lelaki selalunya terkenal dengan kenakalan mereka lagi-lagi ketika dalam fasa membesar menjadi remaja. Sama seperti situasi yang dikongsikan ini apabila seorang kanak-kanak lelaki telah mencetuskan satu masalah tanpa disengajakan.

Video rakaman tersebut dikongsikan di Tik Tok dan menerima lebih satu juta tontonan tidak sampai satu hari ia dikongsikan. Rata-rata netizen turut berdekah melihat masalah yang dicetuskan oleh kanak-kanak lelaki ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kanak-kanak lelaki itu dilihat telah menyebabkan sebuah motor tersangkut pada pagar rumah seorang jiran. Motor tersebut dilihat tersangkut dan mengakib4tkan kerosakan pada pagar tersebut.

Kanak-kanak lelaki itu juga dilihat berada dalam keadaan yang cuak dan gelabah apabila melihat motornya itu tersangkut pada pagar itu. Kejadian itu dipercayai dirakamkan oleh jiran yang juga merupakan pemilik rumah tersebut.

pagar

Lebih mencuit hati, kanak-kanak lelaki itu sempat meminta pertolongan lelaki itu untuk menarik motornya keluar. Malah dia juga cuba menarik sendiri motor itu keluar namun tidak berjaya.

Meninjau di ruangan komen, insiden ini turut membuatkan netizen geleng kepala dibuatnya. Ada juga yang berseloroh pasti kanak-kanak lelaki itu menyesal dengan tindakannya itu.

“Dengar cerita sampai sekarang budak tu masih tarik motor.”

budak lelaki

“Kalau sakat budak tu sedap ni…”

motor

“Habislah kau dik elok mak ayah kau ada budget dapur bulan ni terus kena bayar pagar rumah orang…”

komen

“Mesti gelabah budak tu.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] Budak Lelaki Gel4bah Motor Tersangkut Dekat Pagar Rumah Jiran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*