Ziana Zain jaga ‘exclvsivity’… tak perlu cipta kontr0versi untuk viral – “Kenapa nak pening fikir komen orang, bak kata Diva AA… why bother?”

JIKA ada selebriti lain lebih terbuka berkongsi mengenai hal peribadi di laman sosial, penyanyi Ziana Zain pula memilih sebaliknya.

Menurut Ziana atau nama sebenar Siti Roziana Zain, 52, tidak semua perkara boleh djadikan tatapan umum, lebih-lebih lagi hal membabitkan kehidupan peribadi.

“Ya teknologi kita kena ikut tapi biarlah berpada-pada… saya pula tak suka nak ded4hkan tentang personal life buat masa ini, kita ni kena ada sedikit kerahsiaan diri, kalau dah dilambakkan semua cerita tak ada lagi exclvsivity.

“Dalam hidup ini sebenarnya tak semua benda kita perlu tunjuk di media sosial… kena tahu apa yang boleh dan tak boleh dikongsi di media sosial. Kita kena bagi contoh dekat anak-anak, takut esok mereka persoalkan pula kenapa dulu kita boleh buat?

Kalau dua tiga tahun dulu, orang suka benda-benda viral ini tapi sekarang dah jelak, orang pun dah boleh tahu!

ZIANA ZAIN

PENYANYI

“Jadi bagi saya biarlah Instagram, Facebook hanya digunakan untuk kerja… saya lebih selesa kongsi tentang bakat dan kerjaya dari buat isu untuk viral di media sosial,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, penyanyi lagu Anggapanmu dan Putus Terpaksa ini berkata dalam usianya kini dia tidak lagi memerlukan kontr0versi untuk menaikkan nama atau populariti.

Malah, dia juga enggan melayan sebarang bentuk komen atau prov0kasi yang dilakukan oleh netizen di laman sosial.

Ziana Zain mengakui tidak perlukan kontr0versi untuk kekalkan populariti.

“Untuk saya rasanya dah tak perlu nak cipta kontr0versi! Tak perlulah nak viral… kita dah pernah rasa berada di atas itu, sudah pernah cipta fenomena sendiri, sekarang ini apa saya perlu buat hanya kekalkan apa yang ada sahaja.

“Kalau dua tiga tahun dulu, orang suka benda-benda viral ini tapi sekarang dah jelak, orang pun dah boleh tahu… tapi itu bagi sayalah, orang lain terpulang sebab ini hak individu!

“Sebenarnya saya ni jenis malas nak baca komen di laman sosial, sampaikan ada peminat yang mesej beritahu dan minta saya padam komen-komen neg4tif! Tapi itulah bila difikirkan balik kenapa saya nak pening fikirkan tentang kata netizen… bak kata Diva AA (Azwan Ali), why bother?” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Ziana Zain jaga ‘exclvsivity’… tak perlu cipta kontr0versi untuk viral – “Kenapa nak pening fikir komen orang, bak kata Diva AA… why bother?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*