“Cikgu Suka Main Bola, Hari-Hari Cikgu Main Bola” – Viral Gambar Terkini ‘Ketua Darjah’ Dalam Filem Masam-Masam Manis

Sebut sahaja filem arahan Tan Sri P Ramlee, siapa yang tidak suka kepada filem-filem arahannya. Malah ada yang sudah boleh hafal jalan cerita dan skripnya sekali. Hebat sungguh penangan arahan lagenda tanah air yang sudah lama pergi meninggalkan kita ini.

Sebut sahaja filem Masam Masam Manis, mesti semua ingat pada cikgu Shaari bukan? Namun kali ini, kita bukan hendak bercerita tentang Cikgu Shaari, tapi masih ingatkah anda pada ketua kelas dalam kelas Cikgu Shaari? Ingat bukan?

Memegang watak sebagai ketua murid dalam filem arahan Tan Sri P Ramli pada tahun 1965 ini, tentu kita tertanya-tanya siapakah beliau bukan?

Inilah dia, Tn Haji Abdul Razak Ayub,68 tahun, merupakan seorang pesara JKR, Shah Alam. Beliau sememangnya memegang jawatan sebagai ketua murid di Sekolah Kebangsaan Ulu Klang sewaktu filem itu dibuat pada tahun 1965 dan beliau berumur 12 tahun pada ketika itu.

Video:

Skrip kawan-kawannya yang melucukan itu semestinya sentiasa terngiang-ngianya di fikiran kita bukan? ” Cikgu suka main bola, hari hari cikgu main bola” Cikgu sudah tidur, mari kita main!

Komen Netizen:

Melihat raut wajahnya dalam filem tersebut, ternyata tidak banyak yang berubah. Dari berumur 12 tahun pada ketika itu, sehingga kini sudah berusia lebih setengah abad. Itulah lakonan pertama dan terakhir beliau bersama Tan Sri P.Ramlee. Semoga memori yang tercipta tetap terpahat di memorinya buat selamanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Facebook

Be the first to comment on "“Cikgu Suka Main Bola, Hari-Hari Cikgu Main Bola” – Viral Gambar Terkini ‘Ketua Darjah’ Dalam Filem Masam-Masam Manis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*