[VIDEO] Nabila Huda pr4nk anak untuk hari jadi, “Mengalir air mata j4ntan…”

Bukan senang untuk memikirkan prank yang menjadi untuk dikenakan ke atas orang tersayang agar mereka tidak tahu bahawa mereka sedang terkena pr4nk, tetapi pelakon Nabila Huda menggunakan cara paling mudah dan berkesan untuk mengenakan anak perempuannya.

Baru-baru ini pelakon itu telah bercadang untuk mengejutkan puteri tunggalnya, Keisha Laila dengan hadiah idaman remaja itu untuk ulang tahun kelahirannya yang ke-15.

Dalam video yang dikongsikan di Twitter, Keisha dilihat sedang cuba membuka kotak apabila pelakon berusia 36 tahun itu datang ke meja dan memarahi anaknya itu kerana lambat membuat kerja.

Nabila kemudian terus berleter pada anak perempuannya yang terdiam kerana dimar4hi sambil menyuruh gadis tersebut membuka kotak-kotak lain untuk mengeluarkan isinya dan dibuang kotak-kotak tersebut.

Apabila remaja itu membuka salah sebuah kotak di sebelahnya, di mengeluarkan beberapa produk Apple sebelum kelihatan keliru dan memandang ibunya. Nabila serta merta mengucapkan selamat hari jadi sambil ketawa kerana anaknya telah termakan prank tersebut membuat kanak-kanak itu menangis gembira dan memelvk ibunya.

Adegan manis tersebut membuat ramai turut terharu melihat hubungan kedua anak-beranak itu serta sikap Nabila yang cool mengenakan pr4nk pada anak perempuannya.

“Mengalir air mata jantan…”

“I pulak rasa takut…”

“Lari masuk bilik sebelum sempat jumpa hadiah…”

“Rela kena marah jugak…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] Nabila Huda pr4nk anak untuk hari jadi, “Mengalir air mata j4ntan…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*