Pergi Terengganu Lepas Nikah, Netizen Pert1kai Pengasuh Siti Aafiyah Rentas Negeri

Tahniah diucapkan kepada pengasuh anak kepada Dato’ Sri Siti Aafiyah iaitu Hidayah Zubit yang telah selesai dinikahkan bersama dengan pasangannya iaituMohammad Ridzuan Razali yang merupakan pemain bola sepak Terengganu FC II pada 31 Mei lalu.

Majlis pernikahan itu telah diadakan secara sederhana di kampung halaman Hidayah iaitu di Pulau Pinang.

Namun, apa yang menjadi persoalan pada sesetengah netizen ialah tentang kehadiran Hidayah ke negeri Terengganu yang merupakan kampung halaman Ridzuan.

Seperti yang tahu, seluruh negara kini sedang berada di bawah perintah total lockdown yang mana banyak aktiviti terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Disebabkan itu, ramai yang tertanya-tanya tentang sebab utama mengapa pasangan pengantin itu boleh merentas negeri pulang ke kampung walaupun hakikatnya beberapa mukim di Terengganu kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sebenarnya, tujuan Hidayah merentas negeri ialah bagi mengikuti suaminya pulang ke kampung selepas majlis pernikahan mereka sahaja dan bukannya atas sebab lain.

Mereka berdua juga telah melakukan swab test sesudah sampai ke Terengganu bagi mengelakkan diri daripada menjadi pembawa v1rus.

Jadi mungkin dekat sini dah jelas lah mengapa Hidayah dan suaminya merentas negeri, harapnya tak ada lah yang marah pula ya.

Sumber foto dan video: Instagram Dayah Zubit

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment on "Pergi Terengganu Lepas Nikah, Netizen Pert1kai Pengasuh Siti Aafiyah Rentas Negeri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*