Tonton B0la Sepak Di Dalam Stadium, Sasha Saidin Kongsikan Syarat Ketat Sebelum Dibenarkan Masuk

Kehangatan perlawanan bola sepak antara Malaysia menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 masih lagi terasa walaupun skuad kebangsaan tewas 4-0.

Antara yang bertuah menyaksikan perlawanan tersebut di dalam Stadium Zabeel, Dubai ialah penyanyi dan pelakon Sasha Saidin.

Beliau pada 4 Jun 2021 telah berkongsi syarat ketat yang perlu dipatuhi untuk berbuat demikian.

“🐯

So you win some you lose some.

Kami penonton di Stadium Zabeel sebelum dibenarkan masuk stadium harus ikut strict rules contohnya hanya yang dah vacc1nated boleh enter stadium, penonton harus menunjukkan keputusan test PCR yang diambil dalam tempoh 48 jam yang negatif dan lain-lain.”

Sasha melalui ruangan caption memberitahu tentang langkah yang perlu diambil sebelum dapat memasuki stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak itu.

Walaupun perlawanan tersebut berkesudahan dengan kekalahan, namun beliau merasa bangga dengan semangat yang ditunjukkan rakyat Malaysia dalam memberi sokongan buat skuad Harimau Malaya.

“I’m glad to see semangat para penonton #HarimauMalaya masih mengaum walaupun kalah semalam tapi yang penting we turned up and stood tall.

Takpe! Next game we win! 🇲🇾⚽️🥅”

Bertuah Sasha dapat tonton perlawanan depan mata.

Untuk pengetahuan, Sasha kini menetap di Dubai selepas berkahwin dengan suaminya, Sirhan Wahab.

Semoga perlawanan yang seterusnya, pasukan kebangsaan akan melakar kemenangan dan menceriakan para penyokong pula.

 

Sumber: Instagram Sasha Saidin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment on "Tonton B0la Sepak Di Dalam Stadium, Sasha Saidin Kongsikan Syarat Ketat Sebelum Dibenarkan Masuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*