Berpisah 60 Tahun Tanpa Berita, Akhirnya Pertemuaan Semula Ayla & Suleyman Und4ng Seb4k Ramai

Filem Ayla: The Daughter of War telah diterbitkan pada tahun 2017 dan diarahkan oleh Can Ulkay merupakan sebuah kisah benar dari kehidupan seorang kanak-kanak Korea bernama Ayla dan ayah angkatnya bernama Sarjan Suleyman. Filem bergenre drama itu tersirat seribu makna antara perpisahan kedua insan yang berlainan warganegara ini.

Kisah ini berlatarbelakangkan tahun 1950 ketika berlaku pergolakkan antara negara Korea Selatan dan Korea Utara. Sementara itu, Tukri menghantar bantuan ketenteraan ke negara tersebut dan kisah kehidupan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu bermula di sini…

Temui seorang kanak-kanak perempuan

Sumber foto: Google

Menurut sumber Daily News, pada tahun 1950 telah berlaku konflik dan peperangan ketika negara Korea Utara menyerang Korea Selatan. Difahamkan, kira-kira 75,000 askar dari Korea Utara telah dikerah dalam peper4ngan ini dan tercetusnya Perang Dingin antara dua negara itu.

Disebabkan itu, United Nations (PBB) meminta seruan bantuan dari Turki untuk menghantar pasukan tentera ke sana. Sarjan Suleyman, ketika itu berusia 25 tahun merupakan salah seorang askar yang diarahkan untuk ke Korea Selatan. Ketika waktu malam mengawasi kawasan, Sarjan Suleyman telah menjumpai seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun. Dia melihat kanak-kanak itu dalam ketakutan dan kesejukan lalu menghampirinya. Difahamkan, ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan itu sudah terkorban dalam peper4ngan yang terjadi di negara tersebut.

Telah menganggap sebagai anak

Sumber foto: Google

Melihat kepada keadaan kanak-kanak tersebut yang sedang menangis, Sarjan Suleyman mengambilnya untuk dijaga sementara waktu dan menamakan Ayla yang bermaksud cahaya bulan penuh. Sarjan Suleyman membawa kanak-kanak tersebut pulang ke kem untuk menjaga, bukan sahaja Suleyman dianggap sebagai ayah angkatnya, malah, anggota tentera Turki yang lain juga menjaga Ayla dan menganggap sebagai anak angkat mereka.

Bermula dari itu hubungan Ayla dan Sarjan Suleyman menjadi semakin baik, boleh juga dikatakan sebagai sahabat karib. Ayla mula menjadi juru alih bahasa buat Sarjan Suleyman dan rakan-rakan yang lain.

Lebih menyedihkan apabila pasukan tentera Turki termasuk Sarjan Suleyman terpaksa pulang ke negara asal. Mereka berdua berdepan dengan detik perpisahan yang tidak diingini. Suleyman telah buat pelbagai cara untuk menyelinap untuk membawa pulang Ayla bersama-sama ke Turkni namun, tidak berhasil.

Ayla ditempatkan di Sekolah Ankara dan kerajaan Turki meletakkan Ayla di salah sebuah pusat jagaan untuk anak yatim di negara itu bagi memastikan Ayla mendapat pendidikan formal di sana.

Zahirkan hasrat untuk cari Ayla

Sumber foto: Google

Ketika Sarjan Suleyman berusia 85 tahun, dia meluahkan hasratnya untuk pihak berkuasa mencari Ayla ketika sempena sambutan 60 tahun Korean War. Alya akhirnya ditemui semula apabila seorang lelaki membuat pengakuan pernah mengenali Ayla selepas majlis graduasi di sekolah. Malah, Ayla berusia 65 tahun itu juga menunjukkan beberapa foto lama pernah bersama dengan askar Turki dan Sarjan Suleyman yang dianggap hero dalam hidupnya.

Pada tahun 2010, kerajaan Korea menjemput Suleyman untuk bertemu dengan Ayla di sebuah taman di Sekolah Ankara yang menjadi tempat perpisahan mereka pada 60 tahun yang lalu. Ketika pertemuan paling bermakna itu, Suleyman membawa isteri bersamanya manakala Ayla juga membawa tiga orang anaknya untuk diperkenalkan. Malangnya, suami Ayla sudah men1nggal dunia dan menjadi kekesalan Suleyman tidak dapat menemui lelaki yang mendampingi Ayla selama ketiadaannya.

Panggil ‘ayah’ kali terakhir

Sumber foto: Daily News

Pada 7 Disember 2017, Suleyman telah menghembuskan nafas terakhirnya disebabkan kerosakkan fungsi pada beberapa organ dalaman. Dia terlantar di Haydarpa?a Numune Research and Training H0spital sejak November 2017. Itulah detik sedih perpisahan selama-lamanya antara Suleyman berusia 91 tahun dan Alya, 71 tahun. Saat itu juga menjadi detik terakhir Ayla memanggil Suleyman sebagai ‘ayah’ yang pernah menyelamatkan hidupnya dalam peper4ngan dahulu.

Sumber: MBC, Daily Sabah, Daily News

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment on "Berpisah 60 Tahun Tanpa Berita, Akhirnya Pertemuaan Semula Ayla & Suleyman Und4ng Seb4k Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*