[VIDEO] Selepas 66 Tahun, Lelaki Ini Akhirnya Pilih Untuk Potong Kvku!

Sejak di bangku sekolah lagi, kita sering diajar untuk menjaga kebersihan diri termasuklah memotong kuku. Sampaikan setiap kali perhimpunan di sekolah, pasti akan ada pemeriksaan kuku dilakukan oleh guru dan barisan pengawas.

Sesuatu yang luar biasa pula berlaku pada lelaki ini yang menyimpan kuku selama 66 tahun. Baru-baru ini, dia akhirnya memilih untuk memotong kuku yang panjang itu selepas sekian lama.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki tersebut dilihat menjalani proses untuk memotong kuku itu menggunakan mesin grinder. Oleh kerana kukunya yang panjang dan keras itu, dia tidak lagi mampu menggunakan pemotong kuku biasa.

Lelaki berusia 78 tahun itu turut berkongsikan rupa kuku tersebut sebelum dipotong yang berada di dalam keadaan menggerutu dan kekuningan. Untuk makluman, dia juga merupakan pemegang rekod kuku terpanjang di dunia.

Kuku sepanjang 900cm itu diiktiraf sebagai kuku yang paling panjang di dunia setakat ini. Lelaki itu turut meluahkan hasrat ingin menyimpan kuku tersebut di muzium untuk dipamerkan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terkejut dengan rekod dunia yang dimiliki lelaki ini. Malah ada juga yang tertanya-tanya bagaimana dia menjalani rutih seharian dengan kuku sepanjang itu.

“Dah takde rupa kuku…”

“Macam mana boleh tak patah…”

“Mesti banyak kenangan dengan kuku tu.”

“Weh dah macam akar pokok…”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] Selepas 66 Tahun, Lelaki Ini Akhirnya Pilih Untuk Potong Kvku!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*