“Kampung 100%” Ameera Khan Ded4h Jika Diberi Pilihan Mahu Pindah Ke Kelantan

Sering dikatakan persis Kylie Jenner tetapi versi Malaysia, Ameera Khan atau nama komersialnya Little Miss Khan (LMK) yang kini sudah berhijrah dilihat semakin manis mengenakan hijab.

Mengikuti perkembangan terbaharu, Ameera yang juga adik kepada selebriti terkenal iaitu Neelofa baru-baru ini telah membuka ruangan ask me a question kepada pengikut di laman Instagram miliknya untuk bertanyakan apa sahaja soalan.

Antara soalan yang diterima adalah, adakah Ameera memilih untuk tinggal di Kuala Lumpur ataupun Kelantan.

Tanpa ragu-ragu, Ameera menjawab dengan penuh yakin bahawa beliau memilih Kelantan jika diberi pilihan berbanding Kuala Lumpur.

Rasanya pengikut Ameera pasti sudah sedia maklum dan mengetahui bahawa Ameera sememangnya berasal dari Pasir Mas, Kelantan sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, mungkin sebab itu beliau lebih memilih negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.

Siapa sangka gadis yang memiliki perwatakan bandar dan sentiasa berani bereksperimentasi dengan fesyen ini juga sebenarnya lebih memilih untuk tinggal di kampung berbanding bandar seperti yang dided4hkan di laman Instagramnya.

Dalam pada itu, mengikuti perkembangan beliau yang kini sudah berhijab, ada yang bertanyakan bagaimana perjalanan hijrah Ameera setakat ini, beliau tampil menjawab memberitahu bahawa dirinya sangat bahagia dan tenang.

Kami di Hot FM turun tumpang gembira buat Ameera dan mendoakan beliau terus istiqomah.

Sumber : Instagram Ameera Khan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment on "“Kampung 100%” Ameera Khan Ded4h Jika Diberi Pilihan Mahu Pindah Ke Kelantan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*