[VIDEO] Wanita sanggup buka ‘cardigan’ di cafe lepas terjumpa 4 orang pakai sama, “Alas4n aku tak ikut trend…”

Kebiasaannya apabila membeli belah pasti kita akan melihat beberapa pakaian yang rekaannya sama jadi peristiwa terserempak dengan orang yang memakai baju yang sama dengan kita, pasti tidak dapat dielak.

Apatah lagi, kini terdapat banyak baju-baju yang menjadi trend dijual dan pasti ramai yang suka mengikuti trend akan membelinya.

Namun begitu, kebarangkalian untuk terserempak dengan orang yang memakai baju trend yang sama akan lebih mudah dijumpai kerana untuk membelinya juga sangat senang iaitu menerusi secara online sahaja. Tetapi lain pula tindakan spontan wanita ini yang bukan seorang malah beberapa orang dijumpainya memakai baju yang sama.

Hantaran dilakukan melalui ruangan aplikasi TikTok ini, wanita berkenaan yang berada di sebuah kafe sempat merakam orang yang memakai baju jenis cardigan saling tak tumpah sama seperti yang dipakainya itu.

Lebih melucukan bukan seorang malah terdapat lagi beberapa orang wanita lain ditempat yang sama memakai cardigan sama persis dirinya itu.

Lalu mengundang rasa malu sehingga menyebabkan dia sanggup melepaskan cardigan itu di kafe tersebut.

Bagi wargamaya pula situasi terbabit menyebabkan rata-ratanya lebih memilih untuk tidak mengikuti rekaan baju trend selain terhibur dengan hantaran video wanita berkenaan di TikTok.

“Kau reunion sekolah ke”

“Tu sebab aku tak beli baju viral”

“Alasan aku tak mahu ikut trend fashion…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] Wanita sanggup buka ‘cardigan’ di cafe lepas terjumpa 4 orang pakai sama, “Alas4n aku tak ikut trend…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*