Lelaki lupa tanggalkan pelitup muka ketika berjemvr, “Dia bertukar jadi Kung Fu Panda…”

Sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang meluahkan kekec3waannya apabila dia terlupa bahawa dia sedang memakai pelitup muka ketika berjemur di belakang rumah.

Klip yang dikongsikan beberapa kali di media sosial itu telah meraih jutaan tontonan apabila orang ramai geli hati melihat reaksinya yang memikirkan bagaimana dia dapat keluar rumah dengan rupanya yang lucu.

Dalam musim pandemik ini pelitup muka telah menjadi tabiat biasa dan mereka yang tidak memakai pelitup muka boleh dikenakan denda membuatkan semua orang sentiasa berjaga-jaga agar tidak terlupa untuk memakai mask setiap kali keluar rumah.

Jadi tidak hairanlah jika ramai yang terlupa untuk menanggalkan mask apabila perlu seperti ketika makan, mandi atau seperti dalam kes lelaki bernama Devan Wright ini apabila dia keluar ke belakang rumah untuk mendapatkan cahaya matahari.

Dalam video yang tular, lelaki tersebut menunjukkan mukanya yang kemerahan akibat berjemur di bawah cahaya matahari tetapi jelas dia tidak membuka topengnya kerana kesan mask dapat dilihat terbentuk pada kulitnya yang tidak terkena matahari.

Lelaki itu berkata dia sangat tidak gembira dengan perkara itu dan tidak tahu bagaimana dia dapat pergi ke pejabat dengan wajah sebegitu, menimbulkan geli hati ramai orang.

“Dia bertukar jadi Kung Fu Panda…”

“Macam Marv bila kena hent4k dengan seterika..”

“Sekurang-kurangnya dia bertanggungjawab pakai mask…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Lelaki lupa tanggalkan pelitup muka ketika berjemvr, “Dia bertukar jadi Kung Fu Panda…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*