“Dah Nampak Baby Bump” Terima Ucapan Tahniah, Shalma Ainaa Tampil Ded4h Perkara Sebenar

Sudah menjadi lumrah buat setiap pasangan yang sudah berkahwin, pasti mahu memiliki cahaya mata ataupun zuriat mereka sendiri.

Namun perkara itu, tidak lah semudah yang disangka kerana hakikatnya ia bergantung kepada kemampuan seseorang dan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Bercakap soal zuriat, baru-baru ini seorang pengacara, usahawan dan model iaitu Shalma Ainaa telah memuat naik satu video di laman YouTube miliknya, menjawab beberapa soalan pengikutnya di dalam video tersebut yang mendakwa dirinya hamil!

Ini semua gara-gara satu foto yang dimuat naik oleh Shalma, berbaju longgar yang mungkin menampakkanya seperti hamil tular sehingga dibanjiri dengan komen-komen menyangka dirinya hamil.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SHALMA AINAA (@shalmaainaa)

Lihat komen-komen mereka di sini :

Menerusi video Youtube berkenaan di minit ke 14:18, Shalma yang juga menantu kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid mended4hkan bahawa beliau tidak hamil seperti yang did4kwa oleh sesetengah netizen.

Tampil menjawab lebih lanjut, Shalma menjelaskan bahawa foto itu sebenarnya sudah lama diambil pada bulan Februari lalu ketika beliau menjalani penggambaran bersama sebuah syarikat televisyen.

Dalam pada itu, Shalma dan suaminya, Wan Imar Izzat meminta pengikutnya untuk mendoakan mereka dan memberitahu bahawa jika benar Shalma hamil, laman Youtube mereka pasti akan menjadi platform pertama untuk mengumumkan berita gembira itu!

Kami di Hot FM mendoakan semoga pasangan ini diberikan rezeki zuriat yang soleh dan solehah, amin!

Sumber : Youtube Shalma Ainaa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment on "“Dah Nampak Baby Bump” Terima Ucapan Tahniah, Shalma Ainaa Tampil Ded4h Perkara Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*