Prof Muhaya bikin ramai ‘naik angin’, sampaikan golongan profesional bersuara… tak boleh terima kenyataan wanita kena jadi ‘b0doh-b0doh sikit’ – “Saya hilang kata-kata”

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata burvk padahnya.

Itulah yang berlaku terhadap pakar motivasi, Datuk Profesor Dr Muhaya Muhamad apabila dia tervk dikec4m netizen.

Dalam satu video tular, pakar mata itu mengupas topik mengenai wanita yang lambat bertemu jodoh sehingga mengvndang kemar4han ramai.

“Kita wanita menghargai lelaki, kekuatan mereka sebagai ketua, orang laki-laki walau bagaimana dia tetap imam kita. Kalau solat kita pangkat besar macam manapun, kalau kat ofis kita ada seorang pekerja am dan seorang CEO perempuan, bila berimam siapa di depan? Masih yang laki-laki itu.

“So orang perempuan walau macam mana you all, please mesti kita celebrate apa yang Allah beri tentang kempimpinan lelaki. Sebab itulah imam lelaki, nabi-nabi pun lelaki, so we have jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki.

Paparan skrin video tular itu.

“No, nanti you punya sibuk nak buat apa-apa lelaki buat, testosterone meningkat dan bagi siapa belum kahwin lambatlah jodoh.

“Siapa tinggi testosterone asyik nak drive, nak achieve, nak independent, haa memanglah. Orang laki-laki suka perempuan lembut-lembut high estrogen, mengharapkan perlu ditolong biarlah macam bod0h-bod0h sikit, kan boleh lah. Pada siapa yang lambat jodoh tengok karakter anda bagaimana,” ujarnya.

Dr Amalina turut mengulas isu itu menerusi Twitter.

Selain netizen, kenyataan itu turut mendapat perhatian doktor Malaysia yang berpangkalan di London, Dr Amalina Che Bakri dan Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman yang juga pak4r peny4kit berj4ngkit negara dan Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Orang laki-laki suka perempuan lembut-lembut high estrogen, mengharapkan perlu ditolong.

DATUK PROFESOR DR MUHAYA MUHAMAD

 

“Ia merupakan kali kedua dalam dua hari yang menyebabkan saya hilang kata-kata.

“Mungkin kita kena hantar prof sedikit bahan bacaan mengenai kenapa pemerkasaan wanita dan perempuan adalah kunci kepada transformasi dan pembangunan ekonomi, antara lainnya,” ujar Dr Adeeba ringkas dalam satu ciapan di Twitter.

Dr Amalina juga turut senada dan mengakui tidak akan sesekali menjadi ‘bod0h-bod0h’ sebagaimana disebut yang disebut Dr Muhaya demi mencari jodoh.

Paparan skrin tweet oleh Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman.

“Maaf tapi mak saya tak besarkan saya untuk jadi ‘bodoh-bodoh sikit’ di depan ellaki untuk saya bertemu jodoh.

“Kamu menghantar mesej salah kepada perempuan dan wanita muda. Wanita tidak patut merendahkan kebijaksanaan mereka untuk menarik lelaki,” katanya lagi.

Difahamkan, Dr Muhaya sudah memadam video berkenaan di laman sosial miliknya.

Namun, video itu masih boleh ditonton selepas ia dimuat naik semula oleh netizen ke media sosial dan YouTube.

Untuk rekod, Dr Muhaya memiliki lebih 570, 000 pengikut di Instagram.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Prof Muhaya bikin ramai ‘naik angin’, sampaikan golongan profesional bersuara… tak boleh terima kenyataan wanita kena jadi ‘b0doh-b0doh sikit’ – “Saya hilang kata-kata”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*