Baby Shima buat hal lagi! Ram4s naj1s dalam mangkuk tandas demi Nasi K4ngkang

SETIAP kali tampil dengan filem pendek di YouTube, penyanyi Baby Shima dilihat seperti sengaja mencipta elemen sensasi bagi meraih kontr0versi.

Kali ini filem berjudul Nasi Kangkang pula menjadi kritikan ramai apabila babak Shima memegang n4jis dalam mangkuk tandas dipaparkan secara terbuka tanpa mengendahkan sensitiviti penonton.

Tampil menjelaskan mengenai krit1kan itu, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 29, berkata dia hanya ingin menghasilkan sebuah karya yang lebih nyata dan sempurna.

“Soal perlu atau tidak saya nak tunjukkan benda tu secara real… ia sama seperti sebuah filem atau karya, saya nak tampil all out.

“Saya cuba all out supaya ia kelihatan sempurna dan mudah difahami. Saya minta maaf kalau ada yang rasa j1jik, saya tak maksudkan apa pun.

Antara bab4k yang menjadi perbualan netizen di media sosial.

“Lagipun saya cuma berkarya kat YouTube, bukan di TV,” katanya ketika dihubungi mStar.

Pada Khamis Shima tampil dengan filem pendek terbaharu yang memaparkan kisah penggunaan nasi tangas atau nasi k4ngkang bagi merujuk kepada amalan ilmu s1hir untuk menundukkan suami.

Perbuatan terkvtuk ini dibuat bagi memastikan suami akan sentiasa berada di bawah telunjuk si isteri.

Saya cuba all out supaya ia kelihatan sempurna dan mudah difahami.

BABY SHIMA

PENYANYI

Sebahagian bab4k daripada filem berdurasi hampir 14 minit berkenaan iaitu aksi Shima mengambil najis untuk dijadikan ramuan masakan nasi sih1r itu dimuat naik di Instagram.

Dalam pada itu penyanyi lagu Pura-Pura Bujang ini berharap penonton lebih bersikap terbuka dan cuba menerima mesej yang ingin disampaikan.

“Saya rasa video yang dihasilkan ok je… tapi kalau orang tu datang dengan fikiran yang negatif, negatif la jadinya.

“Lagipun ada pengajaran di setiap cerita, jadi kena tengok betul-betul sampai habis sebelum komen,” katanya.

Ditanya berhubung lakonannya dalam filem pendek tersebut yang dikatakan masih tidak berkualiti, Shima bagaimanapun seperti enggan mengambil serius teguran berkenaan.

Baby Shima mencipta elemen sensasi bagi meraih kontr0versi.

“Cari juga, ada ke orang komen kata lakonan saya kayu? Alhamdulillah tak ada… oh ya, kalau kayu tak ada la dipanggil berlakon filem.

“Sebelum buat drama pendek ni, saya dah mula berlakon di Indonesia.

“Tapi kalau ada orang cakap macam tu pun saya tak boleh nak cakap apa, itu pendapat orang… saya hargai pendapat mereka,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Baby Shima buat hal lagi! Ram4s naj1s dalam mangkuk tandas demi Nasi K4ngkang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*