Surat Daripada Pihak Pegu4m Telah Dihantar, Elizabeth Tan Undur Diri

Penyanyi, Elizabeth Tan megumumkan telah mengundurkan diri daripada syarikat rakaman Warner Music Malaysia selepas tiga tahun. Menurutnya, tindakan itu dibuat bagi memberi ruang buat dirinya untuk terus fokus kepada kerjaya seni lainnya selepas ini.

“Saya ingin berkongsi yang mana saya sudah meninggalkan syarikat rakaman Warner Music Malaysia selepas tiga tahun bersama mereka. Sejujurnya, keputusan dibuat ini bukan sesuatu yang mudah.

“Tapi, saya perlu teruskan kerana ingin beralih ke fasa baru dalam hidup. Selepas ini saya mahu beri tumpuan pula kepada minat yang lain dan tidak tertumpu kepada muzik semata-mata.

“Dalam erti kata lain, saya mahu melangkah keluar dari zon selesa selama ini iaitu selepas tujuh tahun menjadi penyanyi,” katanya.

Elizabeth yang selesa disapa Lizzy itu turut memaklumkan, kontrak bersama syarikat rakaman tersebut telah tamat pada bulan Februari lalu.

Bagaimanapun, bintang tersebut turut menggunakan khidmat peguam untuk menyelesaikan hal berkaitan.

“Dari bulan Februari sehingga sekarang, berlaku sedikit kesukaran, ia masih lagi dalam proses dan keputusan ini saya buat untuk diri sendiri serta mahu keluar secara baik.

“Saya juga telah mengunakan khidmat peguam bagi untuk menyelesaikan perkara ini, jadi surat daripada pihak peguam telah dihantar kepada mereka beberapa bulan lalu.

“Namun, masalah ini masih berlarutan meski surat daripada pihak peguam telah dihantar,” katanya menerusi satu sidang media yang dilangsungkan secara virtual, hari ini.

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Be the first to comment on "Surat Daripada Pihak Pegu4m Telah Dihantar, Elizabeth Tan Undur Diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*