Tak Sangka! Ini Gaji 4 Bintang Bollywood Sebelum Menjadi Terkenal

Barisan bintang Bollywood ini sangat terkenal dan memperoleh pendapatan yang sangat lumayan. Namun, siapa sangka ketika mereka pertama kali memulakan karier, mereka memperoleh pendapatan yang sangat rendah. Berikut 4 bintang Bollywood yang menerima pendapatan rendah di awal karier mereka.

Shah Rukh Khan

Gaji pertama yang pernah diperoleh SRK atau Shah Rukh Khan hanyalah bernilai 50 rupee atau RM2.82. Dia mendapat gaji tersebut hasil dari kerjanya sebagai usher di sebuah konsert, sebelum menjadi aktor terkenal sehingga sekarang.

Akshay Kumar

Sebelum beliau menjadi aktor terkenal, Akshay Kumar pernah bekerja sebagai seorang chef di Bangkok. Walaupun kini dia menjadi salah seorang aktor Bollywood yang menerima bayaran tertinggi, pendapatan awal hanyalah 1,500 rupees (RM84.67) hasil daripada kerjanya sebagai chef dan pelayan sewaktu bekerja di Bangkok.

Amitabh Bachchan

Sebelum menjejakkan kaki dalam industri Bollywood dan menjadi ikon filem hindi, Amitabh Bachchan pernah bekerja di firma penghantaran Shaw & Walace sebagai seorang eksekutif dan broker penghantaran. Pendapatan awal yang diperoleh hanyalah 500 rupee (RM28.22).

Hrithik Roshan

Gaji pertama yang diterima oleh Hrithik Roshan hanyalah berjumlah 100 rupees (RM5.64). Dia memperoleh pendapatan itu hasil dari kerjanya yang melakukan sejumlah tarian bersama Jeetendrea di Asha, sebelum menjadi aktor yang menerima bayaran termahal di Bollywood.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Murai.my

Be the first to comment on "Tak Sangka! Ini Gaji 4 Bintang Bollywood Sebelum Menjadi Terkenal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*