[VIDEO] Pak Cik Hebat Main Ping Pong Di Pusat Kuarantin, “Steadylah Pak Cik”

Siapa sahaja yang tidak berat hati bila orang yang tersayang dibawa pergi ke pusat kuarantin. Tidak berada di depan mata, memang boleh buat risau dengan keadaan ahli keluarga yang terpaksa ke pusat kuarantin ini.

Namun lain pula halnya dengan seorang lelaki yang agak berusia ini. Dalam satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok dengan nama akaun Atiqah Fareha ini, kelihatan bapanya cukup aktif ketika di pusat kuarantin tersebut.

Manakan tidak dalam rakaman itu kelihatan pak cik hebat main ping pong bersama rakan-rakan lain di pusat kuarantin. Lebih mencuri perhatian ramai apabila pak cik itu memakai kopiah dan kain pelikat sambil selamba memukvl bola kecil itu.

Berikut adalah rakaman pak cik hebat main ping pong di pusat kuarantin yang dimuat naik ini:

Wow, memang sempoi habislah pak cik! Perkongsian video ini telah meraih 100 ribu tontonan dan 11 ribu likes. Rata-rata warganet turut kagum menyaksikan rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Kemain pak cik enegertic betul. Nanti tiba2 tanak balik umah da seronok ramai kawan”

“Semoga pak cik cepat sembuh. Terbaik lah pak cik main ping pong”

“Tengok ni rasa happy plak. Ye la ada yang positive masuk 1CU masuk w4rd. Tapi tengok ni. Antara nikmat dan rezeki Allah”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] Pak Cik Hebat Main Ping Pong Di Pusat Kuarantin, “Steadylah Pak Cik”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*