[VIDEO] 16 Tahun Menanti, Suami ‘Speechless’ Bila Dapat Tahu Isteri Mengandung Lagi

Foto: Tangkap layar video

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pastinya mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri dan membesarkan ‘amanah’ yang diberikan dengan sebaik mungkin. Namun, tidak semua pasangan diberikan rezeki untuk mempunyai cahaya mata sejurus mereka kahwin dan ada pasangan yang perlu sabar menunggu bertahun-tahun sebelum diberikan rezeki untuk mengandung.

‘Hadiah untuk abang’

Foto: Tangkap layar video

Seperti perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Ain menerusi satu video di laman TikTok tampil membuat kejutan istimewa terhadap suaminya yang tersayang. Kisahnya bermula, apabila dia memberikan ‘hadiah istimewa’ kepada suaminya bersempena hari lahir ketika mereka baru sahaja menunaikan solat subuh.

Selepas solat subuh sis buat suprise dekat suami. Selamat hari lahir my darling. Hadiah tak ternilai buat abang.

Pada mulanya si suami seolah-olah tidak percaya, apabila melihat pregnancy test yang diletakkan di dalam kotak hadiahnya dan bertanyakan kepada isterinya berkali-kali adakah dia benar-benar mengandung atau tidak. Setelah dijelaskan oleh si isteri, dia (suami) lantas tersenyum dan gembira mendapat perkhabaran itu. Bercerita lebih lanjut, wanita ini menjelaskan hampir 16 tahun mereka menunggu dan ia merupakan kandungan keduanya.

Penantian hampir 16 tahun, Danial yang kini dah umur 17 tahun akan dapat adik. Alhamdulillah.

Pada masa yang sama, wanita ini juga sempat memberikan pesanan kepada pasangan-pasangan di luar sana supaya tidak berhenti berdoa kepada Allah S.W.T. supaya diberikan rezeki untuk memperoleh cahaya mata.

Makbul atau tidak makbul doa kita adalah rahsia Allah. Sebab Allah tak pernah jemu mendengar suara kita ketika berdoa. Doakan semoga sis dan baby sentiasa dilindungi Allah S.W.T.

Alhamdulillah!

Sumber: Ain

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment on "[VIDEO] 16 Tahun Menanti, Suami ‘Speechless’ Bila Dapat Tahu Isteri Mengandung Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*