[VIDEO] Gad1s Indonesia jual motor bapa untuk jumpa ‘crush’ dari game

Meluangkan masa bermain permainan dalam telefon pintar atau mobile game adalah aktiviti yang terkenal di kalangan remaja di mana mereka bukan sahaja dapat berhibur tetapi juga berkenalan dengan rakan-rakan sebaya.

Kita juga sering mendengar kisah golongan muda menemui teman istimewa melalui game popular seperti PUBG, tetapi dalam kebanyakan situasi, individu-individu yang dikenali dari permainan online terutamanya lelaki adalah tidak boleh dipercayai.

Namun sudah menjadi lumrah kehidupan remaja untuk mencari teman istimewa sehingga ramai gadis sanggup membah4yakan keselamatan mereka untuk bertemu dengan lelaki yang mereka kenali dari permainan telefon.

Itulah juga kisah seorang gadis dari Indonesia ini apabila dia merancang untuk bertemu ‘crush’ yang dikenalinya dari sebuah permainan telefon pintar tanpa pengetahuan keluarganya.

Dalam perkongsian yang tular di Instagram gadis berkenaan dilaporkan menjual motosikal bapanya dengan harga 20 juta Rupiah (RM 5,774) untuk membeli tiket penerbangan dari Jambi ke Jakarta.

Namun belum sempat dia menaiki kapal terbang, gadis itu diberitahu oleh crush dari permainan telefon Free Fire itu bahawa lelaki tersebut tidak ingin menemuinya.

Remaja itu akhirnya dilihat mundar-mandir berseorangan di lapangan terbang sehinggalah seorang jurujual datang untuk membantunya. Ibu bapa remaja itu juga dilaporkan bergegas ke lapangan terbang untuk menghalang anak mereka dari pergi ke Jakarta.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] Gad1s Indonesia jual motor bapa untuk jumpa ‘crush’ dari game"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*