[VIDEO] Muka Stress Bila Makan, Reaksi Kanak-Kanak Ini Bikin Terhibur

Bersembang dengan kanak-kanak ada kalanya sesuatu yang menyeronokkan kerana pasti ada saja telatah mereka yang mencuit hati. Sama seperti yang dikongsikan wanita ini tentang gelagat anaknya yang menarik perhatian ramai ini.

Semasa berbual dengan kanak-kanak ini, reaksi mukanya yang kelihatan tertekan dan stress menghiburkan netizen. Ditambah pula dengan jawapannya yang tidak disangka ini sebaik saja ditanya oleh ibunya ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kanak-kanak itu dilihat sedang makan sambil memberikan reaksi seperti seseorang dalam masalah. Dia juga dilihat berkervt seolah-olah sedang memikirkan masalah besar sambil menikm4ti makanannya itu.

Ibunya kemudian bertanyakan pada kanak-kanak itu sama ada dia mempunyai masalah. Kanak-kanak itu kemudian menjawab dia mempunyai masalah ‘tak ada duit’ kepada ibunya.

Jawapan spontan itu turut membuatkan si ibu berdekah apabila mendengarnya. Malah wajah kanak-kanak itu kekal berkerut walaupun selepas menjawab soalan dari ibunya itu.

Di ruangan komen, gelagat kanak-kanak itu turut menghiburkan netizen. Ada juga yang berseloroh mereka juga mempunyai masalah yang sama dengan kanak-kanak ini.

Tidak kurang juga yang terhibur dengan telatah kanak-kanak ini yang mengalahkan orang dewasa.

“Samalah kita dik. Adik pun terjejas dengan cov1d ek.”

“Stress dia kalah orang berumah tangga…”

“Nampak tu macam ada masalah besar. Ni masalah negara ni…”

“Sama masalah kita dik. Sama-sama lah kita berhuhuhu.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] Muka Stress Bila Makan, Reaksi Kanak-Kanak Ini Bikin Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*