“Taubat tak nak buat dah”- [VIDEO] Tengah Sy0k Nyanyi Dalam Toilet, Tak Sangka Ada ‘Benda’ Nyanyi Sekali

Setiap orang yang balik dari kerja mesti tak sabar nak balik mandi untuk bersihkan diri dan terus berehat selepas penat mencari rezeki. Setiap orang ada tempoh tersendiri nak mandi. Ada yang siap boleh karaoke lagi tau. Memang feeling habis menyanyi dalam tandas, suara tiba-tiba macam Siti Nurhaliza.

Tapi, pernah tak korang tengah syok menyanyi, tiba-tiba ada suara ‘background’ lain pun menyanyi sekali? Jeng jeng jeng

Suka karaoke dalam tandas 

Menerusi satu perkongsian video oleh Indah Syafyra yang dimuat naik semalam di Tiktok, wanita itu berkongsi kisah waktu dia baru balik kerja pada waktu malam. Dia bercerita yang selepas balik kerja, dia terus mandi untuk bersihkan badan.

“Aku balik kerja jam 8, sampai rumah dalam jam 9 macam tu. Sampai je rumah aku terus masuk mandi.”

Mesra disapa Indah, dia cerita yang dia suka berkaraoke waktu mandi. Kebetulan pada malam itu waktu tengah mandi, dia saja-saja nak record suara dia menyanyi dalam toilet. Konon nak dengar balik lepas habis mandi nanti.

“Saja la record nak dengar balik. Sebab orang kata karaoke dalam toilet ni suara auto sedap.”

Ada suara lain

Bila habis mandi, Indah dengar balik video menyanyi yang dia record dalam toilet tadi. Dia terkejut g1la bila dengar ada suara ‘lain’ yang menyanyi sekali dengan dia.

“Hampa dengar tak suara garau ni. Sumpah sc4ry weh.”

Pada mulanya, dia ingat dia terakam video slowmo tapi bila dengar balik, air hujan dalam tandas itu dengar macam biasa sahaja.

“Kenapa air hujan tu dengar macam biasa jaa.. cuma suara tu yang slowmo.”

Kucing macam keras pandang ‘sesuatu’

Menerusi video lain yang turut dimuat naik, Indah bercerita yang dia juga ada bawa masuk kucing peliharaan masuk ke tandas waktu dia mandi.

Dia cerita yang waktu dia panggil kucing dia dalam tandas itu, kucing dia yang bernama Comey tak pandang pun dia. Tapi, pandangannya keras macam tengah fokus tengok sesuatu.

“Ingatkan dia pandang cicak ka apa.”

Menyedari kejadian ser4m itu, Indah berkongsi cerita dengan mak dia siap tunjuk video yang dia record itu. Tapi, mak dia tak percaya dan anggap itu cuma satu ‘prank’.

Indah juga bagi nasihat kepada orang ramai untuk dengar pesan orang tua-tua yang cakap jangan menyanyi dalam bilik air.

“Bila dah terkena dekat diri sendiri, baru hampa tahu nanti.”

Alamak, takut la nak karaoke dalam toilet lepas ni.

 

Sumber: Indhsyfra_

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Taubat tak nak buat dah”- [VIDEO] Tengah Sy0k Nyanyi Dalam Toilet, Tak Sangka Ada ‘Benda’ Nyanyi Sekali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*