Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita, tidak dapat dinafikan bahawa ramai di antara rakyat Malaysia baik yang Bumiputera mahupun yang tidak kurang menguasai bahasa yang kita sendiri guna setiap hari.
Situasi ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di mana-mana negara sekalipun kerana kemahiran bahasa ‘pasar’ yang diperoleh melalui pended4han tidak langsung sejak kecil berbeza dengan kemahiran yang diperoleh daripada mempelajari sesuatu bahasa secara langsung.
Jadi tidak hairanlah mengapa orang Melayu sendiri ada yang boleh gagal ujian lisan Bahasa Melayu.
Sebuah perkongsian yang telah mencuri perhatian ramai baru-baru ini pula menunjukkan seorang Mat Saleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih sehingga membuat ramai rakyat Malaysia malu.
This is so humiliating. Not because the US is handing out aid but because his Bahasa is so much better than mine & he's probably only been here 5 minutes! 🤦♂️#Malaysia pic.twitter.com/NeTJkOyqMQ
— Marcus Osborne (@brandconsultant) June 15, 2021
Video oleh duta besar AS ke Malaysia itu mengumumkan tentang bantuan Cov1d-19 untuk Malaysia seperti pelitup muka dan cecair sanitasi untuk barisan hadapan, peralatan komputer, serta vaks1n.
Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah kelancaran dan kefasihan duta besar AS, Brian D. McFeeters bertutur dalam Bahasa Melayu mengalah mereka sendiri.
“Bila orang asing lebih fasih…”
Bila orang asing lebih fasih berbahasa kebangsaan walaupun bukan warganegara…
Miris sekali…*tiba-tiba rasa bunyi miris sesuai sebagai padanan untuk ironi, walaupun maksudnya bocor atau tiris… https://t.co/SCSPqaqlvg
— I'zzat عون [ชาติ] (@amrandika) June 17, 2021
“Acah acah pelat…”
Malay dia lagi fluent dari retis acah acah pelat cakap melayu ni https://t.co/A2NZxZ7xA3
— 𝓶𝓮𝓶𝓮𝔂 シ (@aliffhalim18) June 17, 2021
“yg duduk Malaysia berpuluh tahun…”
Malu la yg duduk Malaysia berpuluh tahun tapi tak reti cakap Bahasa Malaysia https://t.co/lryxClXDME
— tebayS silhkuM (@MukhlisSyabet) June 17, 2021
“rasa kurang gemar bila dengar…”
Suka rasanya dengar Duta Amerika Syarikat sebut "COVID sembilan belas" bila bercakap dalam Bahasa Melayu. Aku selalu rasa kurang gemar bila dengar dekat radio ke tv ke sebut "COVID nineteen" dalam ayat yang memang sepenuhnya dalam Bahasa Melayu masa menyampaikan berita/peringatan https://t.co/yaw4WTmpWn
— Dean 🇲🇾 🇵🇸 (@al_majidee) June 17, 2021
“Buang ujian lisan keluar tingkap…”
yeah i’m gonna throw my ujian lisan results out of the window https://t.co/vmiiAQ1Vix
— dEpressoEspresso (@RaoDhivaanesh) June 17, 2021
“Lant4k la hafal ke teks ke…”
Lantak la hafal ke teks ke, yang penting bm dia clear. Bagus omputeh bagus. https://t.co/TsgFASZQui
— Haziq (@HAZ19_) June 16, 2021
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia
Sumber : HCL
Be the first to comment on "[VIDEO] Duta AS bagi ucapan dalam BM buat ramai malu, “L4ntak la hafal ke teks ke…”"