[VIDEO] Telefon Hilang Lebih 3 Hari, Rupa-Rupanya Dah Ker4s Dalam Peti Ais. Bila Ditanya…

Foto: Tangkap layar video

Misteri kehilangan telefon bimbit milik seorang kanak-kanak terjawab apabila telefon bimbitnya dijumpai berada di dalam peti ais. Apa yang lebih melucukan, apabila kanak-kanak ini sempat memberikan jawapan ‘bernas’ di sebalik mengapa dia berbuat demikian.  Aduh memang buat hal lah adik!

Biar telefon tak panas

Foto: Tangkap layar video

Kisah tersebut dikongsikan seorang ibu dari Indonesia dikenali sebagai Indah Kumala menerusi beberapa buah video di laman TikTok. Pada mulanya, telefon bimbit milik anaknya telah hilang selama tiga hari dan dia ketika itu sama sekali tidak dapat mengenal pasti akan keberadaan telefon bimbit itu.

Bagaimanapun, alangkah terkejutnya wanita ini apabila dia menjumpai telefon bimbit anaknya itu yang sudah beku berikutan tersimpan ‘lama’ di dalam peti ais. Si anak ‘bertuah’ ketika itu menjawab peti ais digunakan sebagai solusi bagi mengelakkan daripada telefon bimbitnya daripada terus panas.

Sudah 3 hari telefon anak hilang. Ternyata sudah jadi keras macam ais batu. Katanya, biar tak sering panas sebab itulah dimasukkan ke dalam peti ais.

Menerusi video lain yang dikongsi, kanak-kanak itu dilihat beberapa kali cuba untuk menghidupkan telefon bimbitnya namun, telefon itu sama sekali tidak boleh digunakan lagi.

Berbicara lebih lanjut, si ibu juga sempat menjelaskan kepada netizen telefon bimbit tersebut hanya digunakan anaknya bagi menonton YouTube bukannya digunakan semata-mata untuk bermain permainan yang terdapat di dalamnya.

Video penuh:

Sumber: Indah Kumala

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment on "[VIDEO] Telefon Hilang Lebih 3 Hari, Rupa-Rupanya Dah Ker4s Dalam Peti Ais. Bila Ditanya…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*