[VIDEO] Abe Ajis Jatuh Bokk Akhirnya Diperkenalkan Setelah Bertahun Viral

Beberapa tahun lalu pernah tular satu video seorang wartawan yang sedang membuat liputan terkejut dengan rakannya yang terjatuh dari bot. Kejadian ketika itu berlakunya banjir dan wartawan melaporkan keadaan di lokasi tersebut.

Terkejut dengan rakannya terjatuh dari bot, wartawan tersebut menjerit ‘Allahuakhabar abang azis…Abe Ajis jatuh bokkk’ dalam loghat Pantai Timur. Berikut adalah rakaman yang pernah menjadi perhatian ramai itu:

 

Biarpun sudah beberapa tahun peristiwa ini berlalu, namun video ini tetap masih diingati ramai. Malah baru-baru ini individu sebenar yang terjatuh dari bot itu diperkenalkan oleh seorang pengguna Twitter dengan nama akaun ShaqNewsPB.

Dalam perkongsian tersebut, Abe Ajis jatuh Bokk akhirnya diperkenalkan kepada umum. Berikut adalah muat naik video oleh pengguna Twitter tersebut:

Oh rupanya Abe Ajis jatuh bokk dah nak bersara. Tak sangka rupanya individu ini adalah jurukamera di TV3. Perkongsian video ini telah meraih lebih 86 ribu tontonan dan 3,000 retweets serta 4,400 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Boleh tak nak request remake balik ayat ‘Abang aziz jatuh bok’. Sebab tengok banyak kali pun sampai hari ni gelak lagi”

“Boleh tak nak mintak Abe Ajis berkongsi pengalaman jatuh bokk?”

“Laaa Abang Aziz tu cameraman TV3 ke?? Ingatkan orang kampung yang bawak bot tu masa aritu…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] Abe Ajis Jatuh Bokk Akhirnya Diperkenalkan Setelah Bertahun Viral"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*