[VIDEO] Guna Da’i Syed untuk tarik netizen… Erma Fatima akui bukan mudah belajar bahasa Arab – “Kalau buat IG Live mer4pu, mungkin lagi ramai tonton”

PERTAMA kali mempelajari bahasa Arab, pelakon dan pengarah Erma Fatima mengakui bukan mudah untuk menyebut beberapa perkataan dalam bahasa tersebut.

Malah, video IG Live kelas bahasa Arab Erma bersama pendakwah Da’i Syed dan pelakon Nabila Huda pada Jumaat lalu juga menjadi tular apabila dia tersasul menyebut perkataan ‘Ya Habibi’.

“Bukan mudah ya nak belajar bahasa Arab ni… saya pun sampai tersasul sebut beberapa perkataan. Sebelum ini saya tak pernah masuk kelas atau belajar bahasa Arab.

Da’i Syed kongsi rakaman pendek Erma tersasul sebut perkataan Arab.

“Kiranya ini kali pertama saya belajar sebab itu agak sukar juga nak menyebut. Sekarang ini, hanya belajar perkataan yang mudah dan ada la beberapa perkataan yang saya dah boleh sebut.

“Kalau diajar untuk bercakap terus bahasa Arab dengan sempurna memang susah la. Kita belajar perkataan asas sahaja dahulu,” kata Erma kepada mStar.

Sebelum ini, rakaman IG Live Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, bersama Nabila Huda belajar bahasa Arab dengan Da’i Syed menarik perhatian netizen yang terhibur melihat gelagat mereka tersasul menyebut beberapa perkataan.

 

Selain kelas bahasa Arab setiap Jumaat, saya juga ada buat bacaan Yassin atau maulid nabi setiap malam Khamis.

ERMA FATIMA

PENGARAH & PELAKON

Menerusi perkongsian video pendek berdurasi seminit di Instagram Da’i Syed itu turut disertai penyanyi berasal dari Mesir yang dikenali sebagai Mostafa Atef.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Mak Cun ini memberitahu dia mewujudkan kelas tersebut secara percuma setiap Jumaat dan boleh disertai sesiapa sahaja termasuk rakan selebriti.

Kata aktres berusia 53 tahun ini, dia mengajak Da’i Syed untuk mengajar di kelas tersebut kerana ingin menarik orang ramai termasuk peminat pendakwah bebas itu mendekati ilmu agama.

Erma ajak Da’i Syed sertai IG Live dan mengajarnya bahasa Arab.

“Kelas itu saya yang buat dan beberapa artis seperti Nabila Huda, Alyah dan Nazim turut sertai. Saya ajak Da’i Syed untuk join dan mengajar kerana dia tahu bahasa Arab.

“Lagipun, saya tahu dia pun ramai peminat dan secara tidak langsung dapat menarik ramai lagi orang termasuk peminat dia untuk mendekati ilmu agama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_)

“Saya buat bukan sebab nak tarik orang tengok IG Live semata-mata tetapi sebab nak tarik orang dekat dengan agama. Kalau buat IG Live merapu, mungkin lagi ramai akan tonton.

Komen Netizen:

“Tapi bila IG Live melibatkan keagamaan ini, susah sikit orang nak tonton. Selain kelas bahasa Arab setiap Jumaat, saya juga ada buat bacaan Yassin atau maulid nabi setiap malam Khamis,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment on "[VIDEO] Guna Da’i Syed untuk tarik netizen… Erma Fatima akui bukan mudah belajar bahasa Arab – “Kalau buat IG Live mer4pu, mungkin lagi ramai tonton”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*